Disember 27, 2017

MUSIM DURIAN

Assalamualaikum,



Hai hai haiii, salam hari rabu :) hari ni sesaja nak berceloteh pasal durian, al maklumlah sekarang ni musim buah durian kan. siapa hantu durian kat sini? angkat jempol.hahahaa.  kalau dah musim durian, mesti ada rambutan, manggis sekali kan. ermmm sedapnyaaaa.


Adik beradik memang semua kaki durian, sekali hadap jek kalau beli tu. termasuklah anak-anak aku tu. ada regu nampak gayanya..hahaha. tapi bagus jugalah anak-anak suka, di buatnya tak suka durian silap haribulan dengan baunya sekali tak suka, tak pasal-pasal dengan aku sekali tak boleh beli durian..kuang3..


Awal tahun hari tu, kawan sekolah ada jual durian kat group wasap.dusun orangtua nya, ermmm bestnya ada dusun duriannnn.. so, aku pun belilah 7 biji x rm7/kg. dah kata family aku ni memang hantu durian jadinya memang tak cukuplah setakat 7 biji tu..bila nak beli lagi, katanya tak cukup menampung orang order. hahaha. siap booked awal-awal lagi untuk next musim.. haishhh tekak kau kan.


intro sikit


Haaaa durian yang kat atas tu, ex officemate kat kilang sungai rengit bagi, dia pun ada dusun durian. sanggup hantar ke desaru sini. terima kasih yati.





Tuhhh diaa, borong 3 plastik besar dengan kawan sekolah. pepagi lagi tau dia call, katanya buah dah mula gugur. subhanallah kompom tak boleh tolak rezeki. hahaaha.. deal punya deal 30kg sekali borong, makanlah sampai muntah kat umah mak, nasib akak dengan adik ada balik kampung masa tu. 2 hari lepas tu akak nak balik jb, pun beli lagi 2 plastik untuk bawa ke jb. durian kampung kan, sedap sangat.terasa pahit-pahit dia dalam tekak ni..adoiiii..



ni lah durian yang akak bawa balik ke jb, molek sungguh



Alhamdulillah kali ni senang pula nak dapat bekalan durian ni, dengan harga kasih sayang pula tu. syukur nikmat ini masih aku dapat rasakan bersama keluarga tersayang.







Disember 14, 2017

REUNION SEKOLAH GENG85

Assalamualaikum,


Macam terajin pulak kau buat entry khen, sebabnya mood reunion tu masih ada. apa salahnya kita terus abadikan kat sini. kuang kuang kuangggg. Planning ni atas cadangan sorang kawan kat group wasap sekolah 2 bulan yang lepas.  bila di utarakan ramai pula yang berminat, jadi buat collection rm40 seorang untuk baju t-shirt reunion dan door gift.


Aku di amanatkan untuk collect rm40 tu. agak mencabar juga ek bab-bab mengutip duit ni walaupun hanya rm40. siapa yang selalu jadi bendahari akan faham kotttt.hahaha. dapat sponser berbentuk wang dari kawan. so atas persetujuan duit sumbangan tu kami buat lucky draw nanti. syukur ada insan yang bermurah hati.



Design T-shirt


preparation untuk lucky draw


Setiap bahagian ada volenteer yang handle macam pemilihan tempat,door gift, lucky draw, acara sukaneka. akhirnya kami dapat kumpul seramai 27 orang yang sertai reunion tu. kita hanya merancang kan, 4 orang tak dapat hadir. tapi kami ada 2 orang last minute join. Allah the best planner kan. dua tiga hari sebelum majlis tu hujan jek. tapi pada hari tu, syukur allah permudahkan segalanya.


hamper untuk lucky draw

13 hamper siap di bungkus untuk lucky draw, hasil seni miss linda & cikliz hahahah 3lagi dalam kete cikliz.siapakah yang bertuah tu ek. nantikan. konsep reunion ni berkonsepkan potluck, jadi bolehlah bertukar-tukar makanan nanti. gambar kat bawah ni potluck dari awin tapi oleh kerana dia pregnant so takpelah aku tolong dia..kihkihkih. duit yang dia bagi tu aku orderkan bihun goreng dengan sandwich sardin dengan harga rm100. Order dengan fuzza kichten's, service terbaik. sejam sebelum aku ke lokasi dia dah delivery ke rumah.




En.suami tak follow sebab dia taknak, jadi aku cuma bawa triple sofea jek, senang sikit lah aku nak berkinja-kinja nanti.hahaha ala-ala 'me time' laaaah.


pipi tuuu pipi tu..selfie sepukul hihi

Dipendekkan cerita, korang tengoklah gambar-gambar kat bawah ni. lautan merah membanjiri kawasan pungai petang ahad tu.


sumbangan kek dari aishah ali


hamper

warm up


game 1st
2nd game




Memang tersangatlah seronok lahai bila dapat berkumpul ramai-ramai cenggini. serius tau. ada 4 game sukaneka tapi dah cukup untuk buat aku mengah..hahahaaaa

1. berlari berdua bersama kain batik
2. berlari berdua sambil kaki di ikat
3. sambut tepung
4. sambut belon yang berisi air

Sukaneka ni terbahagi dua kumpulan, hahaa terbayang-bayang lagi suasananya. meriah baq hang. permainan ini tidak ada hadiah tapi semangat pasukan yang kami inginkan. part untuk lucky draw pun hapening. no 1 & 2 hadiahnya sehelai tudung fareeda. dan aku lucky petang tu walaupun dapat no 5, hehe.

akulah tu yang gendut tu







Alhamdulillah selamat sudah reunion sekolah aku, 15 tahun berlalu alam persekolahan tapi aku masih dapat berkumpul bersama-sama mereka. syukur moga berjumpa di lain hari.



SELAMAT HARI TUA

Assalamualaikum,


Salam kekhamisan yaw, hehe. sajek nak trobek kisah untuk 2 minggu lepas. tapi nak ucapkan dulu terima kasih bebanyak kat opismate,kgkwn,family terutama en.suami yang wish pada aritu. penuh wall fb dengan group wasap. muahhh sayangg korang.


Pagi tu, masuk-masuk opis dah ada choclate bouquet atas meja, ermm suprise sangattt. bila tanya semua tak mengaku ek. biaseeee diaa. takpe takpe, selfie sepukul tetap ade.hahahaha. nasib ada card tukang buat choc bouquet tu, memula tak nak cakap siapa yang order.haha habis semua nama aku petik.hahahaha. last-last dia bagitahu jugek. upenya jiran sebelah meja ni yang bagi. tak pasal-pasal kene piat tingge dia..





Tup tup tup, kawan lama wasap suruh datang stall dia sempena besday aku. citernya gini, mmg dari aritu dia suh datang sebab nak belanja makan tapi aku tak terpergi-pergi kedainya. sebab yang lain dia minta tolong aku viralkan kedai dia kat page tutttttttt tu. kira nak bodek lah kan. haha, suruh bawa kengkawan katanya..apa lagi, aku ajaklah opismate tumpang sekaki. rezeki jangan di tolak ye, musuh say no-no. so makanlah kami kat situ malam tu dengan kenyangnya, sorang lagi opismate tak dapat join.











Esoknya, aku terima 1 parcel dari pos laju atas nama aku. haishhh buat hal lagi. yelah tak tahu siapa yang bagi kan.  penama cuma tulis hana kc, aku pon try contact number tu.laaaa sekali tengok..kok monggel.. ex opismate aka ex classroom. nak tahu tak ape dalam parcel tu. rupanyaaaa telekung kaler soft pink, sangat suka sebab memang tengah mencari juga telekung untuk spare. alhamdulillah jimat tak yah beli lagi dah.





Ingatkan dah cukuplah suprise dari kengkawan, rupanya ada lagiiii. hahaha dpt lagi choclate 1 box dari kawan, siap pass kat opis lagi. dari kampung dia tu sanggup singgah ke sini. allahuakhbar, terharu lagi. dia suruh aku makan coklat bebanyak.wahhh banyak cantik nak suh aku gendut lagi ek,hahaa.





Seminggu selepas kejadian, ehhh ehhh ada lagi suprise dari ayu pula. haishhh.. ni lagi bikin copot jantung.hahahaa kejadiannya gini,  dorang kat opis ni tengah giler shoppe. si ayu ni orderlah sling beg, sekali poslaju hantar terusssss di bagi aku beg nya..hahaha rupanya beg tu mmg dia belikan utk aku. terus plessing, tengok kat bawah tu. cantik kan.







Taraaaaa, besar kan bear tu..aduduhhhh sebesar anak aku tau. ni pinjam bear ayu tu. boipren dia bagi..haha aku tumpang sekaki lah peluk bear tu. kalau dapat betul-betul lagi syok kan. mimpi dalam mimpi jek.





1 set beg ni en.suami bagi awal 2 minggu sebelum besday, pon ada ceritanya.hahaha biarlah menjadi rahsia. berdekah. naik penuh rak beg kat bilik tu. nasib ada si kembar boleh lah dia tolong pakai.hehehe. terima kasih sayang! jaga dan lindungilah lah aku sehingga nafas terakhir.


Akhir kata, terima kasih bebanyak buat yang bagi present. moga korang di murahkan rezeki, yang belanja makan tu moga bisnes kau bertambah-tambah maju ye. Syukur di kelilingi kengkawan yang baik hati.

Tahun depan jangan lupa ya,haha!!!!




Disember 04, 2017

PERCUTIAN DI SHAH ALAM DAN MELAKA

ASSALAMUALAIKUM,


Hujan turun dengan lebatnya ketika ini di desaru, bila dah petang2 gini mood nak buat kerja hilang entah kemana, mungkin ikot air hujan tu masuk longkang kotttt.hahaa.  kali ni nak share cerita kami sekeluarga ke shah alam. ye shah alam tapi last minute punya planinng. aku punya angkara lah sebenarnya, kaki gatal nak berjalan. nak kata public holiday tak juga. yelah kat sana ada adik ipar so bolehlah kami bermalam kat rumah. kira jimat kos tu khenn..haha

HARI PERTAMA

26/08/17 sabtu hari yang di nanti, pagi tu aku sekeluarga bertolak dari desaru ke shah alam. singgah di rnr pagoh untuk alas perot dengan bihun sup, perjalanan kami santai2 jek sebab rasanya masih awal. adik ipar pun belum balik kerja lagi, hihihi.




Selepas berhenti di rnr pagoh, kami teruskan perjalanan dan berhenti semula kat rnr dengkil untuk tegakkan segala tulang yang sengal2 sbb perjalanan yang makan masa 3 jam tu. sampai2 jek kat shah alam tu biras aku dah siap masak.hahahaha. nasib lah kami tak tapau makanan tadi. malam tu tak kemana2 pun sebab dah kenyang dan penat. esok pagi en suami ajak kami naik MRT sampai ke klcc.wahhh mesti jakun sekejap.hahaa yelah jb manelah hadooo mende tu.


HARI KE- 2

Pagi tu, seawal jam 8 pagi dah siap,sarapan kat kedai mamak sebelum naik MRT tu. belakang rumah dia jek stesen tuh, adik ipar dengan biras pun ikot kami sebabnya dorang pun tak pernah naik,hahaha walaaah2.. okey di pendekkan cerita, dr stesen yang kami naik tu nak ke klcc punyalah lah banyak dia punya stesen point. hhahaha tp ape de hal kan..tempat beraircond.


Bagus tau mende alah ni, kurangkan kesesakan jalanraya. tapi bagi kami sekeluarga ni untuk pertama kalinya mmg jakun lah. anak2 teruja. sampai jek klcc, kitaorg jenjalan kat suria klcc tu.semua high class kauuuu. kebetulan masa tu ada SEE GAME, agak penuh dengan peserta see game lah kat situ.






Tu lah kami, hihi masuk lah juga kat quaria klcc tu, aduduhhh kenapalah mahal sangat ticket nya.. oleh kerana memang teringin sangat nak masuk, so kami pun masuklah walaupun burn rm200+- macam tu. pejam2 mata jek ni nak bayar. kat sini lebih kurang macam underworld kat langkawi tu. cuma sini takde penguin. semua species ikan boleh nampak ye.silap haribulan yang tak pernah nampak pun hadooo. lepas tu kami window shopping jek kat sini. takde ape yang nak dibeli..ehhh ehhh salah bukan takde ape nak beli tapi serammm nak membayonyeee..hahahaha.










Malam tu kami ke I-city, yeahhh nak main salji kat situ. harga ticket utk kami 6 beranak kalau tak silap dalam rm200 macam tu,sebab harga ticket untuk malam dengan siang berbeza ye. jadi kalau korang nak kesini patut rancang awal2. aku tahu pun sebab belek blog orang,hahaa. kat sini, setiap permainan mengunakan point. cengini, dia lebih kurang macam touch n go jugak. korang kena topup dalam tu. so bila nak main@masuk mana2 mereka akan tolak dari kad kita tu. hurm faham tak.kihkih.










Stokin jangan lupa kalau dah ada niat nak masuk sini ye.sejuk yakmattt. nasib aku dah standby stokin tangan untuk anak2.. ada keretapi dalam ni,so ala2 snow white lah gituuu.tapi kesian dengan harraz kesejukan sampai hidung merah..hahaha tapi kalau kita tak boleh tahan kesejukkan kita masih boleh keluar kat tempat yang mereka sediakan. kiranya untuk panaskan padan lah.boleh beli air panas, pun mengunakan point dalam kad tu. kami 2x jek masuk semula. tak boleh tahan kalau lama2.  sejukkkkk.

sebelum masuk snow white tu, kami naik roda besar yang berpusing tu. rm10 satu kepala. tapi yang kelakarnya, sekali pusing jek.hahaha ingatkan 2@3 kali pusing ke kan..hampehhhh tol. lepastu layankan anak2 main permainan bebudak jek lah.


HARI KETIGA

hari ni last day sebelum kena balik ke jb,hihi. keluar awal sebab nak masuk melaka. nampak tak, selagi ada masa gunakan sebaik yang mungkin. tempat pertama yang kami tuju adalah taming sari.walaupun dah banyak kali naik.hahaha. sajek nak bagi anak2 happy.




Lepas naik tamin sari, kami ke kapal besar.apa entah nama dia. hahaha panaih ting2 tau. tak kesahlah kan. janji anak2 happy.nampak tu en. suami siap berpayung lagi.




Lepas beli cenderahati dan sedikit makanan, kami bertolak ke desaru dan selamat sampai. alhamdulillah percutian yang last minute yang sangat bermakna buat seorang ibu bila bersama anak dan en.suami.






Disember 01, 2017

BEST KE JOHOR BAHRU?

ASSALAMUALAIKUM, Hai semua, camne dengan hari ni,sihat ka? hari ni nak berkongsi cerita tentang apa yang ada di johor bahru. hehehe tentulah contry garden danga bay yang terletak di bandaraya johor bahru. pembangunan kat jb ni sangat2 pesat. masa kami pergi ni tak silap hari minggu, boring sangat duduk umah lantas ajak en suami jalan2 di sekitar jb. sebenarnya tempat ni dah lama buka cuma aku jek tak pernah sampai lagi.hahaha kesian kan.




pada pandangan aku,tempat ni tak adalah begitu cantik sangat, biasa2 jek. ada swimming pool, ada taman permainan, korang juga boleh bersiar2 di tepi pantai, pantai dia pantai yang telah di tambak ye. tapi janglah korang datang sini masa matahari tengah atas kepala.hahaha bermandi peluh nanti,





Lepas pusing2 kat situ,kami ke istana johor untuk menikmati keindahan lampu2 untuk pengunjung, tak jauh pun dari country garden tu. kalau nak ke sini pastikan korang datang belah malam tau. nasihatkan jek,hihi kalau datang siang..ermm sia2..haha



banyak lagi gambar yang aku ambil tapi cukuplah dua keping tu,nanti korang pitam..hahaha.. ada juga air pancut berwarna warni kat tepi tu, untuk beriadah dengan keluarga sangat sesuai.


Antara destinasi lain yang perlu korang singah bila kat jb ni adalah bazar karat, sangat besar tau bazar karat jb ni.yang pompuan hasrat nak berkasut tinggi untuk ke sini sila batalkan hasrat korang tu. hihi cukup pakai sandal atau pun selipar jepun jek.macam2 ada jual kat sini. rambang mata dibuatnya.

waktu operasi lebih kurang 8mlm - 2 pagi macam tu. selalu nya jalan raya area sini akan sesak lagi2 malam minggu atau pun malam public. jadi rancanglah perjalanan korang. jika korang ada masa yang panjang, petang tu bolah lah korang singgah ke zoo johor yang terletak berhampiran masjid sultan abu bakar. bayaran hanya rm2@3 kalau tak silap, mampu milik khennn.

Selain tu ada lagi destinasi yang perlu korang terjah seperti gerai steamboat.sebelum ni steamboat ni terletak di kawasan parkir di dataran jb tu tapi telah berpindah ke bandar baru uda(BBU). mungkin nak mengelakkan kesesakan lalulintas kot.agaknya laaaa. haaa tu lah antara destinasi yang wajib korang pergi.sebenarnya ada banyak lagi tempat yang best2 kat jb ni. len kalilah kalau aku rajin aku buat entry lagi ek.. babaiiii


November 30, 2017

CAMERON HIGHLAND 2017

ASSALAMUALAIKUM,



Taraaa, entry hari ni nak berkongsi tentang percutian kami ke cameron highland. rasanya kali ke4 kami ke CH ni. kenapa ke sini lagi? sebabnya kami x pernah puas bila datang ke sini. seriusss. hahaha ada tak yang gile mcm aku. tapi jangan sesekali kau naik CH pada public holiday, haha tu namanya kau nak seksa diri kau sendiri.. kihkihkih (gelak jahat)




Aku tak bape nak ingat lah bila aku naik CH ni, tp dalam bulan 9 kottt. iye lupaa. tapi yang bestnya anak2 tak tahu pun kami nak ke sini, cuma kami cakap nak pergi bercuti jek. hahaha pandaikan lakonan, sampai hari kejadian pun kami tak bagitahu. hihi sesekali khennn. dalam perjalanan barulah aku cakap,wahhhhh kemain sungguh bila dapat tahu nak bercuti ke CH.




Keluar jek highway tapah dah cakap dengan en suami, nak pergi kilang teh boh kat sungai palas tu sambil minum air teh. hahaha en suami layankan jek permintaan bini dia ni. maklumlah perjalanan jauh dari desaru ke CH khenn mengambil masa berjam2 okey..nampak sangat alasan, kehkeh. biasa singgah ke ladang teh bharat tu jek. apa salahnya tukar selera sikit. ye dak?



taraaaaa, tu dia. sampai juga berpandukan waze..hahaha tapi nak ke sini seksanyaaa rasa. jalan dia x berapa cantik, kalau naik pacuan roda 4x4 oklah kot, berombak2 ek. agak jauh dari jalan besar tu, sebelum sampai tu nampaklah ladang2 sayur macam kobis, tomato kat tepi2 jalan..betul2 tepi jalan tau. cantik sangat view dia.


kami sampai situ dah lewat sebenarnya sebab tutop jam 5petang. kami sampai lebih kurang jam 4 suku macam tu. jadi terkejar2 sikit, sempatlah juga minum air teh panas dengan kek cheese kat sini, hilanglah rasa kepenatan tadi sambil menghirup teh panas tu. tapi kan,haha kejap jek air tu jadi sejuk. cer imagine sambil minum air panas sambil melihat keindahkan ladang teh yang cukup cantik tu.walaaaaa. Ada juga disediakan kedai cenderahati untuk kita beli tapi kami tak beli pun. hahaha beli kat pasar malama jek nanti. nak di jadikan ceritanya, kami tak sempat masuk kilang pemprosesan teh tu di sebabkan waktu tak mengizinkan. kilangnya tak berapa besar mana.


pada korang nak teringin nak ke sini pastikan datang awal ye. oh ye kat sini korang boleh pergi ke bukit atas kilang tu ye.memang di sediakan tapi kena naik tangga yang tinggi tu.boleh ambil gambar kat atas tu berbelakangkan ladang teh. haa boleh bayangkan tak. hehehe mesti rare lah hasil gambar tu. apeee tak tahu ladang teh boh ni? senang jek, kalau korang yang masuk dari tapah tu dia belah kanan simpangnya. memang ada signboard. takyah risau ye.




Kami teruskan perjalanan lagi naik ke atas, yelah lambat2 sangat susah juga takut jalan jem. kenderaan memang banyak tapi alhamdulillah tiada kesesakan teruk. kami terus ke apartment yang en suami booked di tanah rata. proces check in berjalan dengan lancar, hehehe. lupa pula nak ambil gambar apartment tu hihi. rehat sekejap sambil bersihkan diri.


kami plan malam tu nak ke pasar malam awal sikit, yelah lokasi pasar malam tu adalah adalah lokasi terbaru.bukan lagi di brincang ye. katanya untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. lepas magrhib tu kami terus siap2 ke pasar malam tapi tak kesampaian di sebabkan anak soleh kami tak berapa sihat, panas badan dan muntah dalam kereta. jalan pula sangat jem malam tu. kami mengambil keputusan untuk u-turn semula. tak apalah anak lebih penting khen, sampai apartment terus bagi ubat demam pada harraz, anak2 yang lain seakan faham.


malam tu kami roti dengan biskut jek. sambil2 tu kami google juga mana2 klinik 24jam kat CH ni tapi malangnya tak ada, Di ulang semula ek, tak ada klinik swasta atau klinik 24jam di cameron highland ye. oleh kerana terlalu risaukan kesihatan harraz aku tak tidur malam,berjaga dan tuamkan air kat seluruh badan.



 HARI KE2





Pagi tu kami keluar awal, selepas bersarapan di tanah rata kami terus ke opah strawberry yang terletak di antara tanah rata dengan brinchang. perkampungan ini adalah 100% orang melayu. jadi apa salahnya kita support bangsa sendiri kan. dapat petik strawberry dengan tangan sendiri feel dia lebih sikit jika dibandingkan beli kat luar.hehehe tak caya cubalaaa. sempat juga beli eskim strawberry kat opah ni.


tengoklah anak2 kami tu. semua strawberry nak petiknya. hehehe. harraz masih lagi dedo, bila dia muntah kat ladang strawberry tu kami terus ke hospital CH yang terletak di tanah rata.itu pun setelah kami bertanya pada tuan rumah apartment malam tadi. jadi kami sarankan, jika korang ke CH nanti dan kesihatan tak mengisinkan tak perlu risau ye boleh terus ke hospital CH di tanah rata. area hospital ni di mardi CH. Amergency case bila malam2 boleh terjah ke sini.


Oleh kerana, jalan terlalu jem dan sesak teruk. kami ambil pilihan balik ke apartment memandangkan angah buat kejutan kat sana.hahaha dalam dediam angah 1 family ke CH juga.kuangasam betul. jadi kami pun ajak angah singgah ke apartment yang kami sewa tu. at least anak2 tak lah bosan terperap kat apartment jek kan.




Petang tu kami ke pasar malam sekali lagi, nasib harraz tak banyak meragam walaupun badan masih lagi dedo tapi masih aktif bermain. kat sini kami berpecah dengan angah. senang sikit nak bergerak atau nak cari apa2. hahaha boleh bobos poket weiii berjalan kat sini. semua nak beli..adehhhh.. kat sini korang kena survey dulu barang2 yang korang nak beli.silap kedai dapat lagi murah taw.sama macam strawberry. hehehe.. borong juga lah strawberry kat sini dengan coklat tu..yelah esok dah nak balik jb semula kan. beli sekali untuk makan malam.




HARI KE-3


Hari last kat sini, lepas check out kami sarapan kat tanah rata jek, lepas sarapan beli sikit cenderahati untuk kengkawan. pagi ni lysa pula muntah2. allahuakhbar, mungkin sebab dari malam tadi dia tak makan nasi,bermain jek dengan sepupu2 nya.tu yang masuk angin agaknya. sepanjang perjalanan lysa terbaring jek. tu pun kena paksa makan baru nak makan.


kami selamat sampai ke desaru. walaupon percutian kali ni tak begitu seronok disebabkan anak2 tak berapa sihat tapi kami takkan bosan nak datang lagi ke CH. hahahaha CH tunguuuu aku datang lagi :)

PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...