Disember 04, 2017

PERCUTIAN DI SHAH ALAM DAN MELAKA

ASSALAMUALAIKUM,


Hujan turun dengan lebatnya ketika ini di desaru, bila dah petang2 gini mood nak buat kerja hilang entah kemana, mungkin ikot air hujan tu masuk longkang kotttt.hahaa.  kali ni nak share cerita kami sekeluarga ke shah alam. ye shah alam tapi last minute punya planinng. aku punya angkara lah sebenarnya, kaki gatal nak berjalan. nak kata public holiday tak juga. yelah kat sana ada adik ipar so bolehlah kami bermalam kat rumah. kira jimat kos tu khenn..haha

HARI PERTAMA

26/08/17 sabtu hari yang di nanti, pagi tu aku sekeluarga bertolak dari desaru ke shah alam. singgah di rnr pagoh untuk alas perot dengan bihun sup, perjalanan kami santai2 jek sebab rasanya masih awal. adik ipar pun belum balik kerja lagi, hihihi.




Selepas berhenti di rnr pagoh, kami teruskan perjalanan dan berhenti semula kat rnr dengkil untuk tegakkan segala tulang yang sengal2 sbb perjalanan yang makan masa 3 jam tu. sampai2 jek kat shah alam tu biras aku dah siap masak.hahahaha. nasib lah kami tak tapau makanan tadi. malam tu tak kemana2 pun sebab dah kenyang dan penat. esok pagi en suami ajak kami naik MRT sampai ke klcc.wahhh mesti jakun sekejap.hahaa yelah jb manelah hadooo mende tu.


HARI KE- 2

Pagi tu, seawal jam 8 pagi dah siap,sarapan kat kedai mamak sebelum naik MRT tu. belakang rumah dia jek stesen tuh, adik ipar dengan biras pun ikot kami sebabnya dorang pun tak pernah naik,hahaha walaaah2.. okey di pendekkan cerita, dr stesen yang kami naik tu nak ke klcc punyalah lah banyak dia punya stesen point. hhahaha tp ape de hal kan..tempat beraircond.


Bagus tau mende alah ni, kurangkan kesesakan jalanraya. tapi bagi kami sekeluarga ni untuk pertama kalinya mmg jakun lah. anak2 teruja. sampai jek klcc, kitaorg jenjalan kat suria klcc tu.semua high class kauuuu. kebetulan masa tu ada SEE GAME, agak penuh dengan peserta see game lah kat situ.






Tu lah kami, hihi masuk lah juga kat quaria klcc tu, aduduhhh kenapalah mahal sangat ticket nya.. oleh kerana memang teringin sangat nak masuk, so kami pun masuklah walaupun burn rm200+- macam tu. pejam2 mata jek ni nak bayar. kat sini lebih kurang macam underworld kat langkawi tu. cuma sini takde penguin. semua species ikan boleh nampak ye.silap haribulan yang tak pernah nampak pun hadooo. lepas tu kami window shopping jek kat sini. takde ape yang nak dibeli..ehhh ehhh salah bukan takde ape nak beli tapi serammm nak membayonyeee..hahahaha.










Malam tu kami ke I-city, yeahhh nak main salji kat situ. harga ticket utk kami 6 beranak kalau tak silap dalam rm200 macam tu,sebab harga ticket untuk malam dengan siang berbeza ye. jadi kalau korang nak kesini patut rancang awal2. aku tahu pun sebab belek blog orang,hahaa. kat sini, setiap permainan mengunakan point. cengini, dia lebih kurang macam touch n go jugak. korang kena topup dalam tu. so bila nak main@masuk mana2 mereka akan tolak dari kad kita tu. hurm faham tak.kihkih.










Stokin jangan lupa kalau dah ada niat nak masuk sini ye.sejuk yakmattt. nasib aku dah standby stokin tangan untuk anak2.. ada keretapi dalam ni,so ala2 snow white lah gituuu.tapi kesian dengan harraz kesejukan sampai hidung merah..hahaha tapi kalau kita tak boleh tahan kesejukkan kita masih boleh keluar kat tempat yang mereka sediakan. kiranya untuk panaskan padan lah.boleh beli air panas, pun mengunakan point dalam kad tu. kami 2x jek masuk semula. tak boleh tahan kalau lama2.  sejukkkkk.

sebelum masuk snow white tu, kami naik roda besar yang berpusing tu. rm10 satu kepala. tapi yang kelakarnya, sekali pusing jek.hahaha ingatkan 2@3 kali pusing ke kan..hampehhhh tol. lepastu layankan anak2 main permainan bebudak jek lah.


HARI KETIGA

hari ni last day sebelum kena balik ke jb,hihi. keluar awal sebab nak masuk melaka. nampak tak, selagi ada masa gunakan sebaik yang mungkin. tempat pertama yang kami tuju adalah taming sari.walaupun dah banyak kali naik.hahaha. sajek nak bagi anak2 happy.




Lepas naik tamin sari, kami ke kapal besar.apa entah nama dia. hahaha panaih ting2 tau. tak kesahlah kan. janji anak2 happy.nampak tu en. suami siap berpayung lagi.




Lepas beli cenderahati dan sedikit makanan, kami bertolak ke desaru dan selamat sampai. alhamdulillah percutian yang last minute yang sangat bermakna buat seorang ibu bila bersama anak dan en.suami.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Yak yak yeahhh
kOmen yang memberansangkan ajer wOkey..
terkucil nanti ibu twins..
har..har..harun tOl

PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...