November 30, 2017

CAMERON HIGHLAND 2017

ASSALAMUALAIKUM,



Taraaa, entry hari ni nak berkongsi tentang percutian kami ke cameron highland. rasanya kali ke4 kami ke CH ni. kenapa ke sini lagi? sebabnya kami x pernah puas bila datang ke sini. seriusss. hahaha ada tak yang gile mcm aku. tapi jangan sesekali kau naik CH pada public holiday, haha tu namanya kau nak seksa diri kau sendiri.. kihkihkih (gelak jahat)




Aku tak bape nak ingat lah bila aku naik CH ni, tp dalam bulan 9 kottt. iye lupaa. tapi yang bestnya anak2 tak tahu pun kami nak ke sini, cuma kami cakap nak pergi bercuti jek. hahaha pandaikan lakonan, sampai hari kejadian pun kami tak bagitahu. hihi sesekali khennn. dalam perjalanan barulah aku cakap,wahhhhh kemain sungguh bila dapat tahu nak bercuti ke CH.




Keluar jek highway tapah dah cakap dengan en suami, nak pergi kilang teh boh kat sungai palas tu sambil minum air teh. hahaha en suami layankan jek permintaan bini dia ni. maklumlah perjalanan jauh dari desaru ke CH khenn mengambil masa berjam2 okey..nampak sangat alasan, kehkeh. biasa singgah ke ladang teh bharat tu jek. apa salahnya tukar selera sikit. ye dak?



taraaaaa, tu dia. sampai juga berpandukan waze..hahaha tapi nak ke sini seksanyaaa rasa. jalan dia x berapa cantik, kalau naik pacuan roda 4x4 oklah kot, berombak2 ek. agak jauh dari jalan besar tu, sebelum sampai tu nampaklah ladang2 sayur macam kobis, tomato kat tepi2 jalan..betul2 tepi jalan tau. cantik sangat view dia.


kami sampai situ dah lewat sebenarnya sebab tutop jam 5petang. kami sampai lebih kurang jam 4 suku macam tu. jadi terkejar2 sikit, sempatlah juga minum air teh panas dengan kek cheese kat sini, hilanglah rasa kepenatan tadi sambil menghirup teh panas tu. tapi kan,haha kejap jek air tu jadi sejuk. cer imagine sambil minum air panas sambil melihat keindahkan ladang teh yang cukup cantik tu.walaaaaa. Ada juga disediakan kedai cenderahati untuk kita beli tapi kami tak beli pun. hahaha beli kat pasar malama jek nanti. nak di jadikan ceritanya, kami tak sempat masuk kilang pemprosesan teh tu di sebabkan waktu tak mengizinkan. kilangnya tak berapa besar mana.


pada korang nak teringin nak ke sini pastikan datang awal ye. oh ye kat sini korang boleh pergi ke bukit atas kilang tu ye.memang di sediakan tapi kena naik tangga yang tinggi tu.boleh ambil gambar kat atas tu berbelakangkan ladang teh. haa boleh bayangkan tak. hehehe mesti rare lah hasil gambar tu. apeee tak tahu ladang teh boh ni? senang jek, kalau korang yang masuk dari tapah tu dia belah kanan simpangnya. memang ada signboard. takyah risau ye.




Kami teruskan perjalanan lagi naik ke atas, yelah lambat2 sangat susah juga takut jalan jem. kenderaan memang banyak tapi alhamdulillah tiada kesesakan teruk. kami terus ke apartment yang en suami booked di tanah rata. proces check in berjalan dengan lancar, hehehe. lupa pula nak ambil gambar apartment tu hihi. rehat sekejap sambil bersihkan diri.


kami plan malam tu nak ke pasar malam awal sikit, yelah lokasi pasar malam tu adalah adalah lokasi terbaru.bukan lagi di brincang ye. katanya untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. lepas magrhib tu kami terus siap2 ke pasar malam tapi tak kesampaian di sebabkan anak soleh kami tak berapa sihat, panas badan dan muntah dalam kereta. jalan pula sangat jem malam tu. kami mengambil keputusan untuk u-turn semula. tak apalah anak lebih penting khen, sampai apartment terus bagi ubat demam pada harraz, anak2 yang lain seakan faham.


malam tu kami roti dengan biskut jek. sambil2 tu kami google juga mana2 klinik 24jam kat CH ni tapi malangnya tak ada, Di ulang semula ek, tak ada klinik swasta atau klinik 24jam di cameron highland ye. oleh kerana terlalu risaukan kesihatan harraz aku tak tidur malam,berjaga dan tuamkan air kat seluruh badan.



 HARI KE2





Pagi tu kami keluar awal, selepas bersarapan di tanah rata kami terus ke opah strawberry yang terletak di antara tanah rata dengan brinchang. perkampungan ini adalah 100% orang melayu. jadi apa salahnya kita support bangsa sendiri kan. dapat petik strawberry dengan tangan sendiri feel dia lebih sikit jika dibandingkan beli kat luar.hehehe tak caya cubalaaa. sempat juga beli eskim strawberry kat opah ni.


tengoklah anak2 kami tu. semua strawberry nak petiknya. hehehe. harraz masih lagi dedo, bila dia muntah kat ladang strawberry tu kami terus ke hospital CH yang terletak di tanah rata.itu pun setelah kami bertanya pada tuan rumah apartment malam tadi. jadi kami sarankan, jika korang ke CH nanti dan kesihatan tak mengisinkan tak perlu risau ye boleh terus ke hospital CH di tanah rata. area hospital ni di mardi CH. Amergency case bila malam2 boleh terjah ke sini.


Oleh kerana, jalan terlalu jem dan sesak teruk. kami ambil pilihan balik ke apartment memandangkan angah buat kejutan kat sana.hahaha dalam dediam angah 1 family ke CH juga.kuangasam betul. jadi kami pun ajak angah singgah ke apartment yang kami sewa tu. at least anak2 tak lah bosan terperap kat apartment jek kan.




Petang tu kami ke pasar malam sekali lagi, nasib harraz tak banyak meragam walaupun badan masih lagi dedo tapi masih aktif bermain. kat sini kami berpecah dengan angah. senang sikit nak bergerak atau nak cari apa2. hahaha boleh bobos poket weiii berjalan kat sini. semua nak beli..adehhhh.. kat sini korang kena survey dulu barang2 yang korang nak beli.silap kedai dapat lagi murah taw.sama macam strawberry. hehehe.. borong juga lah strawberry kat sini dengan coklat tu..yelah esok dah nak balik jb semula kan. beli sekali untuk makan malam.




HARI KE-3


Hari last kat sini, lepas check out kami sarapan kat tanah rata jek, lepas sarapan beli sikit cenderahati untuk kengkawan. pagi ni lysa pula muntah2. allahuakhbar, mungkin sebab dari malam tadi dia tak makan nasi,bermain jek dengan sepupu2 nya.tu yang masuk angin agaknya. sepanjang perjalanan lysa terbaring jek. tu pun kena paksa makan baru nak makan.


kami selamat sampai ke desaru. walaupon percutian kali ni tak begitu seronok disebabkan anak2 tak berapa sihat tapi kami takkan bosan nak datang lagi ke CH. hahahaha CH tunguuuu aku datang lagi :)

COME BACK!

ASSALAMUALAIKUM,



Lamanyaaaaaa tak singgah ke sini, tetiba rasa rindu kat blog suam2 kuku aku ni. haha. last post 2016.. tapi lagi naseb baik sbb blog ni masih boleh buka.kalau takkkk,sayonaraaa lah jawabnya. Tapi bila pikir2 balik,stop sebab pregnant anak ke 4 kot masa tu. haaa pregnant lagi ke? iyeee anak aku dah 4 pun skrg ni.alhamdulillah paling best anak lelaki. pelengkap family kami. syukur.


Kami beri nama IZZ HARRAZ untuk anak soleh kami tu, sekarang dah setahun 6 bulan usia dia. Moga membesar dengan sihat sayang



my hero



PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...