Januari 25, 2018

PERANCANGAN

Assalamualaikum,


Salam khamis untuk semua. ada sihat kah? hehe. mehh sini aku nak bagitahu, cuti raya cina pada bulan depan aku plan nak ke pantai timur, sajek tukar angin ke sana pula. planning nak check in kat cherating semalam sebelum ke terengganu. yelah aku dari desaru jb kot. nak lajak ke terengganu memang agak mencabar.hahaha kejung dalam kereta lelama.


Tapi tapii, kebanyakkan chalet@homestay dah full pack time tu. public holiday plus cuti sekolah khenn. habis tu macam mana 😐😐😐😐😐😐😐😐 ? takpe, nanti aku survey lagi area sana, sambil-sambil survey tempat-tempat yang sesuai untuk aku sekeluarga terjah nanti.


Nak tengok penyu, nak ke masjid kristal, nak ke pasar payang, nak pekena makanan goreng tepung kat tepi pandai tu. haishhh semua nak pergi.kihkih 🐟🐢🐙🐔
Moga allah permudahkan segala urusan aku nanti. bad news yang pertama aku jumpa adalah jalan yang menghubungkan kota tinggi ke mersing terputus di sebabkan tanah runtuh pada awal tahun haritu. mungkin kerana hujan turun hampir 4 hari tanpa henti. so, ada satu jalan lagi nak ke mersing tapi perlu melalui jalan felda nitar. en asben cakap agak jauh juga jika lalu felda nitar sana.


hurm berharap sangat bila tiba waktunya, jalan tu dah pulih seperti biasa. dan doa-doakan perancangan aku sekeluarga berjalan dengan lancar. Amin3 Yba.



Januari 06, 2018

GOOD BYE 2017

Assalamualaikum


2017 dah beberapa hari kita, tahun yang banyak kenangan baik yang baik mahupun sebaliknya. ada kesedihan dan ada juga kegembiraan buat aku sekeluarga.


Tak banyak permintaan aku utk tahun 2018 ni, cukuplah di limpahkan rezeki, dipanjangkan umur, di beri kesihatan yang baik buat aku dan orang-orang yang tersayang. di jauhkan segala malapetaka.

insyaallah, amin yra.

PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...