Disember 28, 2019

PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke sarawak pada bulan 10 haritu dengan kengkawan dan opismate. Memandangkan aku ni kaki jalan dan suka sangat tengok tempat orang, aku pun declare nak join mereka. Terus minta keizinan en suami. Alhamdulillah dan terima kasih sayang.

Trip ini trip singkat sebabnya hanya 2 hari 2 malam je. Seawal jam 3 pagi dah gerak ke senai airport. Memandangkan kami berlapan, agak happening walaupun mata mengantuk. hihi. sampai di kuching seawal jam 7 pagi. terus naik van yang telah disediakan. Destinasi pertama adalah sarapan. yuhuuu.

akak ni ajak berbual dari mula naik sampai turun. den mengantok oi

Yeahh aku di tanah sarawak bumi kenyalang
walaupun mangkuk tak cantik, aku tetap bedal
Tudiaa, pagi-pagi dah makan mee kolok, partner aka budak opismate aku si bella pula layan laksa sarawak. Sejenis aku, aku suka mencuba makanan yang tak pernah aku makan. kalau sedap boleh repeat dan jika sebaliknya tak payah beli lagi. haa gitueww. simple kan 💋💋

Seterusnya Abg wan (driver kami) bawa kami ke Kampung budaya sarawak. Perjalanan dari kuching ke sana ambil masa sejam juga. ticket masuk ke sini hanya rm55.00, itu pun abg wan volunteer belikan sebab local people ada diskaun sikit. Kalau orang luar akan dikira rm60 (not sure yet about amount)

Disini, aku berkesempatan tengok persembahan teater kebudayaan bumi kenyalang ini. Serius tak rugi masuk ke sini. Selain itu ada juga pelbagai rumah-rumah budaya suku kaum mereka macam iban,bidayuh,orang ulu dan banyak lagi. Hampir kesemua rumah tradisional kaum sarawak aku masuk. haha yelah dekat johor mana ada kan, partner aku siap pakai baju tradisioanal lagi haha excited sangat 😆😆,Sempat juga bercanda dan ambil gambar berlatar belakangkan gunung puteri santubong buat kenangan. hamekkk ko 2 jam lebih dekat sini.

acah - acah

tinggi kan rumah orang ulu di sini, mcm 3 tingkat woo tingginya

aku tak ingat ini rumah suku kaum apa tapi unik

di dalam salah sebuah rumah suku kaum di sana. sejuk tau
modal tak berbayar. gituewww

mereka yang giler-giler, actually dorang tu lakibini. so aku berpartner dengan nabilah


Destinasi seterusnya abg wan bawa kami ke Sinpiao, sinpiao adalah pengusaha lada hitam. aku tak beli apa-apa pun sebabnya tak menarik dihati. Kemudian ke kilang pasu sarawak,crystal house dan mira kek lapis. paling best dekat mira kek lapis ni sebabnya dorang bagi tester banyak giler. hahaha. Perut memasing dah kruk krak apalagi belasah lah. Memasing order dan member aku sorang tu borong kek lapis sampai rm500. Appooo! dan kami lunch pukul 5 petang berdekatan dengan hotel je. makan apa? opkoz mencuba menu baru. Nasi goreng iakn terubuk midin hihi. Check in hotel terus.

di show house kilang pasu
perusahaan lada hitam
kek lapis mira yang awesome
Lepas maghrib, abg wan bawa kami ke uptown kuching. menda pertama aku cari is ambuyat weeii. tapi bila try makan, allahu.rasa dia agak tawar dan tak rasa apa. ada penyicah macam sambal belacan tapi agak cair. kami tekak jawa tak boleh masuk gais. hukhuk seriusly. semua main cuit-cuit je. at least aku dah merasalah apa itu ambuyat.

Lepas isi perut dekat uptown tu, kami bergambar dekat icon kucing tu. tengah-tengah jalan siot haha. aku jadi seram. tapi layan lah juga asalkan ada kenangan. kemudian terus ke jambatan darul hana. kat sini memalam view dia cantik sebab penuh dengan lampu berwarna warni. sesuailah untuk santai santai. balik hotel dan tidur.

taraaa. buat kenangan

jambatan darul hana di belakang tu

Keesokkannya, seawal pagi check out dan terus sarapan di restoran ikhwan. Pepagi dah penuh umat manusia dekat sini. rupanya laksa sarawak dia power. tak sama rasanya laksa sarawak yang semalam aku makan. dasar gemuk.hmm. Perut dah kenyang terus ke pasar serikin. pun agak jauh dalam sejam juga. sekali sampai, wahhh panjangnya pasar serikin  ni. puas menapak. macam-macam ada jual di sini tau. sempat juga beli baju t-shirt untuk anak dan en suami. orang kata biar jauh di mata hakikatnya rasa lain macam. haha first time jalan solo. hemmak sangattt. Borong buah salak. murah je.abg wan cakap, pasar sarikin di bau ni dah sempadan dengan pontianak indonesia. rata-rata kenderaan di pasar ini pun dah pakai no plate indonesia. Kat sini juga pestime makan anggur kristal yang member beli. sedap dan tak pernah aku lihat. Nyesal tak beli haha.

di pasar serikin

gua yang banyak patung buddha

Ontheway balik tu singgah di gua apatah namanya. tak berani nak naik gua tu sebab penuh dengan patung. di bawah gua tu pula ada air sungai. penuh siot dengan ikan keli. besar pula tu. Kemudian singgah di tasik biru. kat sini pun tak ada apa yang menarik. huhu.

Abg wan bawa kami ke pasar satok pula. syurga ikan terubuk dan ikan bilis di sini tempatnya. dapatlah jugak freeze magnet (FM) untuk ole-ole. kek lapis pun ada jual di sini. tapi aku tak belilah sebab kejap lagi nak pergi ambil kek lapis yang kita orang order semalam dekat mira kek lapis. Dekat mira kek lapis ni beli 10 free 1, harga paling murah rm10 shj. Siap bungkus tau, so tak risau nak bawa balik jb. yang paling aku risau pasal berat luggage tu, beli 20kg je pun 😌😌.

panjang wei jambatan ni.
Lepas collect kek lapis tu terus ke jambatan darul hana, Plan asal nak naik cruise tapi cruise nya lambat lagi. jadi kami declare naik bot tambang je. hahaha rm1 untuk seorang, seram wei takut ada buaya je. ingatkan jauh lah pakcik tu bawa kami. rupanya seberang sungai je. haha berdekahlah. Tapi ok juga lah, merasalah aku naik jambatan darul hana tu. kebetulan view sunset waktu tu. Lepak sudah, makan solat maghrib pun sudah terus ke kuching airport, fly tengah malam. so kami berehat dan shorting barang dekat airport sementara boarding. Lega rasanya bila luggage kau ngam-ngam 20kg.Fuhhh urut dada. Dan aku selamat sampai dekat rumah jam 2pagi. En suami dah siap tunggu kepulangan di depan pintu 💜💜

ni lah partner crime aku hihi aka officemate

mercu di burung kenyalang

Lepas mandi terus jengah anak-anak dalam bilik yang tengah lena. allahuakhbar, rindunya lain macam walaupun baru tinggalkan 2 hari. Bila ibunya peluk cium terus terjaga anak-anak. memasing panggil ibuuuu sambil peluk. sumpah perasaan tu menikam kalbu. sebak pilu semua bercampur 😢😢

Sekian sahaja coretan percutian singkat ke sarawak untuk entry kali ni. Terima kasih juga pada suami tersayang bagi keizinan untuk aku merasa keseronokkan bersama kengkawan. Love much 💘


selamat tinggal kuching ❤❤


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Yak yak yeahhh
kOmen yang memberansangkan ajer wOkey..
terkucil nanti ibu twins..
har..har..harun tOl

PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...