Februari 27, 2018

PERCUTIAN DI CHERATING PAHANG DAN TERENGGANU

Assalamualaikum


Yehuuuuu. entry hari ni aku nak share masa cuti hari raya cina haritu. Percutian seperti yang di rancang. hahaha 💃💃💃💃.


HARI PERTAMA

Pagi tu seawal jam 8:30 pagi kami bertolak dari rumah. Kami memilih jalan melalui mersing dan seterusnya ke rompin pahang. Sebelum tu  singgah di persimpangan  felda lok heng sebab adik lelaki aku dengan wife dia nak join sekali ke terengganu. Kiranya perjalanan aku sekeluarga takde lah terasa takut kalau-kalau kereta breakdown kehapa kan, yelah first time aku sekeluarga nak ke pantai timur.


sempat lah petik gambar sebelum bertolak 😅


Kami berhenti di medan selera rompin pahang untuk isi perut yang berdengdang sayang tu. bila perut dah lapar kau makan semua akan rasa sedap.hahaa. Selepas isi perut, Kami teruskan perjalanan ke kuantan. ermm hampir sepanjang jalan nampak persisir pantai 😌😌😌

Anak-anak pula asyik bertanya jek. dah sampai ke belum,hehehe. boleh tahan juga jauhnya nak sampai ke cherating tuh. nasiblah aku dah sesiap booked homestay kat cherating tu. kalau terus ke terengganu mau pitam en suami memandu.

Akhirnya, hampir jam 2:30 petang kami sampai ke homestay di cherating. Homestay nya dekat sangat dengan jalan besar cherating - terengganu. homestay yang cantik dan bersih sangat, di amati taman ni taman perumahan baru. masih ada rumah yang masih belum bertuan. scary youuu.haha.



ini dia homestay berkonsepkan semi-d
ruang tamu ambil dari blog homestay


ruang dapur


triple sofea

kenan betul dengan hiasan dinding tu

bilik no 2

bilik no 3


Dah puas belek gambar tak? amacam cun kan. hehehe ni dia alamat homestay nya:-


No 6 lorong 1/4, perumahan cherating damai,cherating 26080 kuantan pahang. Tel 019-9887130

https://www.mudah.my/MR+Homestay+Cherating+Homestay+muslim-63006708.htm atau boleh follow facebook MRhomestay cherating.



Homestay ini ada 3 buah bilik 2 bilik air, ruang parkir muat untuk 2 kereta. Owner homestay ni sangat baik hati tau. sebab apa aku cakap macam tu? sebabnya masa nak serahkan kunci rumah dia sempat belikan keropok lekor panas-panas lagi untuk kami. alhamdulillah. tak sia-sia aku pilih MR Homestay Cherating ni. sangat rekemen untuk korang yang cari homestay kat area cherating ni. dan sebelum aku terlupa, beberapa hari sebelum kami ke sini, Owner ni sanggup pergi ke santuary turtle cherating semata-mata nak bagi view dan info pada aku. subhanallah. baik sungguh hati dia. ya, sebabnya sebelum ni aku dok tanya dia jauh tak kedudukan homestay ni kalau nak tgk penyu. kompommmmm homestay yang terbaik pernah aku jumpa.

 
Okey penat pula membebel pasal homestay ni. kihkih. lepas rehatkan badan memasing, kami terus ke turtle santuary cherating yang mengambil masa tak sampai 10 minit dari homestay. sampai-sampai dah 4:30 pm, Omaigod, rupanya tutup jam 5:00 pm. jadi lincah kaduk lah kami semua pusing-pusing kat situ. dapatlah juga sesi bergambar dalam tu.hihi ishhh wajib. Tiada bayaran di kenakan untuk masuk ke sini tetapi kita di syorkan menderma seikhlas hati untuk pusat pemulihan penyu ini. Haaaa sape taknak saham akhirat oiiii. 




signboard ke turtle santuary cherating

tuan belog

tu diaaa turtle nya

macam biasa alysa yg tak suka bergambar, tu dia lari kat blkg tuu



pantai cherating jauh sangat air lautnya


Lepas tengok penyu, kami terus ke pantai cherating. ramai penduduk tempatan berkunjung ke pantai pada musim cuti termasuk penunggang motor, amat ramai anak muda mengambil kesempatan beriadah. di kiri kanan nak ke pantai cherating ni pula penuh dengan rumah tumpangan atau pun hotel. tak ketinggalan kedai-kedai cenderahati di sepanjang jalan. sangat menarik. pantainya yang bersih dan cantik.


Malam tu pula setelah menunaikan solat maghrib, kami keluar lagi sekali untuk makan malam, pun tak perlu memandu jauh untuk mencari restoran makanan. korang x perlu risau takut, sebab banyak kedai makan di sepanjang jalan. hehehe.







Restoran bersebelahan petronas pilihan kami, tapi tak ingat apa nama kedainya.hahaha. tak silap sri cherating kot, cer tengok atas tu. Perut dah kenyang, mata dah mengantuk haaa apa lagi,jom balik sarang. 6 jam perjalanan dari desaru ke cherating, jomlah luruskan pinggang semua..

Sambung kat enteri lain ek, dah 3 hari peram sebab nak dapatkan mood sebelum di publish. hahaha




PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...