Disember 27, 2019

PERCUTIAN SINGKAT DI MERSING JOHOR.

Assalamualaikum dan Hi,


Alhamdulillah selesai sudah short vacation aku sekeluarga di mersing pada 31 ogos 2019 hari tu. Plan last minute kan baru syokk 😎😎

Booked hotel bajet di bandar mersing melalui booking.com untuk family room, dan aku pilih untuk buat pembayaran di hotel (pay at hotel) dan 3 hari selepas aku booking hotel tu, aku received satu email dari booking.com yang mengatakan booking aku tu di cancel tanpa sebab. terus call hotel untuk kepastian dan confirm telah di batalkan oleh booking.com ni. nangis mak. haha.

Dipendekkan cerita, aku booked lagi sekali dan terus buat pembayaran. lega rasanya bab hotel ni. sebenarnya aku nak booked chalet dekat air papan tu. tapi oleh kerana last minute kan, semua underbooked. haha melepasss. (2nd booked pun ada kisah sedih tapi aku malas nak citer #nangis)

Lepas check in, aku sekeluarga terus ke pantai air papan, ramainya umat manusia. park pun tak ada terus gerak ke pantai panyabung. jalannya subhanallah jauh juga haha. dekat sini pantainya tak panjang, duduk sekejap then masuk ke pantai pasir lanun. sebelah dia je. hat sini korang perlu lalu sedikit belukar, hihi jalan pun jalan merah. Apooo!! berbayar pula tu. hmm.

Nak balik hotel masa panjang lagi, kesudahnya jalan lagi. en suami bawa ke istana flinstone mersing kepunyaan sultan johor. teruja nak tengok istana animasi tu walaupun en suami dah bagitahu awal-awal istana tu belum siap sepenuhnya dan orang luar tak di benarkan masuk. so dah imagine nak bergambar dekat pagar pun cukuplah. kihkih.






Percaya tak korang, dindingnya itu bukan di cat ye, itu adalah serpihan mozek. sungguh berseni, kreatif dan inovasi. ehh tiberr. hahaha. hampir penuh galeri hp dibuatnya dan sebelum hp jammed mohlah kita balik ke hotel. hotel yang aku nginap ni hotel bajet je. sesuai sangat untuk backpacker dan tempat transit untuk korang yang nak menerokai pulau-pulau cantik di mersing ini termasuk tuan belog ni. serius weii aku pun ngidam nak ke pulau sekitar mersing ni. insyaallah dah termasuk dalam wishlist aku sekeluarga. huhuuu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Yak yak yeahhh
kOmen yang memberansangkan ajer wOkey..
terkucil nanti ibu twins..
har..har..harun tOl

PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...