Taraaa, entry hari ni nak berkongsi tentang percutian kami ke cameron highland. rasanya kali ke4 kami ke CH ni. kenapa ke sini lagi? sebabnya kami x pernah puas bila datang ke sini. seriusss. hahaha ada tak yang gile mcm aku. tapi jangan sesekali kau naik CH pada public holiday, haha tu namanya kau nak seksa diri kau sendiri.. kihkihkih (gelak jahat)
kami sampai situ dah lewat sebenarnya sebab tutop jam 5petang. kami sampai lebih kurang jam 4 suku macam tu. jadi terkejar2 sikit, sempatlah juga minum air teh panas dengan kek cheese kat sini, hilanglah rasa kepenatan tadi sambil menghirup teh panas tu. tapi kan,haha kejap jek air tu jadi sejuk. cer imagine sambil minum air panas sambil melihat keindahkan ladang teh yang cukup cantik tu.walaaaaa. Ada juga disediakan kedai cenderahati untuk kita beli tapi kami tak beli pun. hahaha beli kat pasar malama jek nanti. nak di jadikan ceritanya, kami tak sempat masuk kilang pemprosesan teh tu di sebabkan waktu tak mengizinkan. kilangnya tak berapa besar mana.
pada korang nak teringin nak ke sini pastikan datang awal ye. oh ye kat sini korang boleh pergi ke bukit atas kilang tu ye.memang di sediakan tapi kena naik tangga yang tinggi tu.boleh ambil gambar kat atas tu berbelakangkan ladang teh. haa boleh bayangkan tak. hehehe mesti rare lah hasil gambar tu. apeee tak tahu ladang teh boh ni? senang jek, kalau korang yang masuk dari tapah tu dia belah kanan simpangnya. memang ada signboard. takyah risau ye.
kami plan malam tu nak ke pasar malam awal sikit, yelah lokasi pasar malam tu adalah adalah lokasi terbaru.bukan lagi di brincang ye. katanya untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. lepas magrhib tu kami terus siap2 ke pasar malam tapi tak kesampaian di sebabkan anak soleh kami tak berapa sihat, panas badan dan muntah dalam kereta. jalan pula sangat jem malam tu. kami mengambil keputusan untuk u-turn semula. tak apalah anak lebih penting khen, sampai apartment terus bagi ubat demam pada harraz, anak2 yang lain seakan faham.
malam tu kami roti dengan biskut jek. sambil2 tu kami google juga mana2 klinik 24jam kat CH ni tapi malangnya tak ada, Di ulang semula ek, tak ada klinik swasta atau klinik 24jam di cameron highland ye. oleh kerana terlalu risaukan kesihatan harraz aku tak tidur malam,berjaga dan tuamkan air kat seluruh badan.
HARI KE2
tengoklah anak2 kami tu. semua strawberry nak petiknya. hehehe. harraz masih lagi dedo, bila dia muntah kat ladang strawberry tu kami terus ke hospital CH yang terletak di tanah rata.itu pun setelah kami bertanya pada tuan rumah apartment malam tadi. jadi kami sarankan, jika korang ke CH nanti dan kesihatan tak mengisinkan tak perlu risau ye boleh terus ke hospital CH di tanah rata. area hospital ni di mardi CH. Amergency case bila malam2 boleh terjah ke sini.
Oleh kerana, jalan terlalu jem dan sesak teruk. kami ambil pilihan balik ke apartment memandangkan angah buat kejutan kat sana.hahaha dalam dediam angah 1 family ke CH juga.kuangasam betul. jadi kami pun ajak angah singgah ke apartment yang kami sewa tu. at least anak2 tak lah bosan terperap kat apartment jek kan.
Hari last kat sini, lepas check out kami sarapan kat tanah rata jek, lepas sarapan beli sikit cenderahati untuk kengkawan. pagi ni lysa pula muntah2. allahuakhbar, mungkin sebab dari malam tadi dia tak makan nasi,bermain jek dengan sepupu2 nya.tu yang masuk angin agaknya. sepanjang perjalanan lysa terbaring jek. tu pun kena paksa makan baru nak makan.
kami selamat sampai ke desaru. walaupon percutian kali ni tak begitu seronok disebabkan anak2 tak berapa sihat tapi kami takkan bosan nak datang lagi ke CH. hahahaha CH tunguuuu aku datang lagi :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Yak yak yeahhh
kOmen yang memberansangkan ajer wOkey..
terkucil nanti ibu twins..
har..har..harun tOl