Disember 27, 2017

MUSIM DURIAN

Assalamualaikum,



Hai hai haiii, salam hari rabu :) hari ni sesaja nak berceloteh pasal durian, al maklumlah sekarang ni musim buah durian kan. siapa hantu durian kat sini? angkat jempol.hahahaa.  kalau dah musim durian, mesti ada rambutan, manggis sekali kan. ermmm sedapnyaaaa.


Adik beradik memang semua kaki durian, sekali hadap jek kalau beli tu. termasuklah anak-anak aku tu. ada regu nampak gayanya..hahaha. tapi bagus jugalah anak-anak suka, di buatnya tak suka durian silap haribulan dengan baunya sekali tak suka, tak pasal-pasal dengan aku sekali tak boleh beli durian..kuang3..


Awal tahun hari tu, kawan sekolah ada jual durian kat group wasap.dusun orangtua nya, ermmm bestnya ada dusun duriannnn.. so, aku pun belilah 7 biji x rm7/kg. dah kata family aku ni memang hantu durian jadinya memang tak cukuplah setakat 7 biji tu..bila nak beli lagi, katanya tak cukup menampung orang order. hahaha. siap booked awal-awal lagi untuk next musim.. haishhh tekak kau kan.


intro sikit


Haaaa durian yang kat atas tu, ex officemate kat kilang sungai rengit bagi, dia pun ada dusun durian. sanggup hantar ke desaru sini. terima kasih yati.





Tuhhh diaa, borong 3 plastik besar dengan kawan sekolah. pepagi lagi tau dia call, katanya buah dah mula gugur. subhanallah kompom tak boleh tolak rezeki. hahaaha.. deal punya deal 30kg sekali borong, makanlah sampai muntah kat umah mak, nasib akak dengan adik ada balik kampung masa tu. 2 hari lepas tu akak nak balik jb, pun beli lagi 2 plastik untuk bawa ke jb. durian kampung kan, sedap sangat.terasa pahit-pahit dia dalam tekak ni..adoiiii..



ni lah durian yang akak bawa balik ke jb, molek sungguh



Alhamdulillah kali ni senang pula nak dapat bekalan durian ni, dengan harga kasih sayang pula tu. syukur nikmat ini masih aku dapat rasakan bersama keluarga tersayang.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Yak yak yeahhh
kOmen yang memberansangkan ajer wOkey..
terkucil nanti ibu twins..
har..har..harun tOl

PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...