Disember 14, 2017

REUNION SEKOLAH GENG85

Assalamualaikum,


Macam terajin pulak kau buat entry khen, sebabnya mood reunion tu masih ada. apa salahnya kita terus abadikan kat sini. kuang kuang kuangggg. Planning ni atas cadangan sorang kawan kat group wasap sekolah 2 bulan yang lepas.  bila di utarakan ramai pula yang berminat, jadi buat collection rm40 seorang untuk baju t-shirt reunion dan door gift.


Aku di amanatkan untuk collect rm40 tu. agak mencabar juga ek bab-bab mengutip duit ni walaupun hanya rm40. siapa yang selalu jadi bendahari akan faham kotttt.hahaha. dapat sponser berbentuk wang dari kawan. so atas persetujuan duit sumbangan tu kami buat lucky draw nanti. syukur ada insan yang bermurah hati.



Design T-shirt


preparation untuk lucky draw


Setiap bahagian ada volenteer yang handle macam pemilihan tempat,door gift, lucky draw, acara sukaneka. akhirnya kami dapat kumpul seramai 27 orang yang sertai reunion tu. kita hanya merancang kan, 4 orang tak dapat hadir. tapi kami ada 2 orang last minute join. Allah the best planner kan. dua tiga hari sebelum majlis tu hujan jek. tapi pada hari tu, syukur allah permudahkan segalanya.


hamper untuk lucky draw

13 hamper siap di bungkus untuk lucky draw, hasil seni miss linda & cikliz hahahah 3lagi dalam kete cikliz.siapakah yang bertuah tu ek. nantikan. konsep reunion ni berkonsepkan potluck, jadi bolehlah bertukar-tukar makanan nanti. gambar kat bawah ni potluck dari awin tapi oleh kerana dia pregnant so takpelah aku tolong dia..kihkihkih. duit yang dia bagi tu aku orderkan bihun goreng dengan sandwich sardin dengan harga rm100. Order dengan fuzza kichten's, service terbaik. sejam sebelum aku ke lokasi dia dah delivery ke rumah.




En.suami tak follow sebab dia taknak, jadi aku cuma bawa triple sofea jek, senang sikit lah aku nak berkinja-kinja nanti.hahaha ala-ala 'me time' laaaah.


pipi tuuu pipi tu..selfie sepukul hihi

Dipendekkan cerita, korang tengoklah gambar-gambar kat bawah ni. lautan merah membanjiri kawasan pungai petang ahad tu.


sumbangan kek dari aishah ali


hamper

warm up


game 1st
2nd game




Memang tersangatlah seronok lahai bila dapat berkumpul ramai-ramai cenggini. serius tau. ada 4 game sukaneka tapi dah cukup untuk buat aku mengah..hahahaaaa

1. berlari berdua bersama kain batik
2. berlari berdua sambil kaki di ikat
3. sambut tepung
4. sambut belon yang berisi air

Sukaneka ni terbahagi dua kumpulan, hahaa terbayang-bayang lagi suasananya. meriah baq hang. permainan ini tidak ada hadiah tapi semangat pasukan yang kami inginkan. part untuk lucky draw pun hapening. no 1 & 2 hadiahnya sehelai tudung fareeda. dan aku lucky petang tu walaupun dapat no 5, hehe.

akulah tu yang gendut tu







Alhamdulillah selamat sudah reunion sekolah aku, 15 tahun berlalu alam persekolahan tapi aku masih dapat berkumpul bersama-sama mereka. syukur moga berjumpa di lain hari.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Yak yak yeahhh
kOmen yang memberansangkan ajer wOkey..
terkucil nanti ibu twins..
har..har..harun tOl

PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...