Selamat pagi cinta 💖💖, siapa suka mendeko kat sini? mesti cantik kan rumah korang. entri pagi ini saje nak share dengan korang #projekisteri tapi yang membuatnya adalah si suami. hahaha bukan membuli tau 👅👅
Cenggini, tetiba jek mood nak pasang wallpaper tu datang sendiri. duduk rumah tu dah 6 tahun tapi takde pun nak buat sejenis deko-deko ni. tapi bila mood dah datang, tak nak tunggu lelama takut mood nya hilang semula. wallpaper tu beli di kedai eco, main beli jek mana yang berkenan di hati. ukuran? ikut kata hati hahahaha. main ambil jek 20 roll colour hijau bercorak. lepas tu ambil frame 3pcs. sejak dua menjak gst takde ni kemahen eksen kalau boleh nak penuhkan 1 bakul terus.
in process 😃 |
Malam tu try lah pasang sekeping dua dulu, haish berpeluh-peluh en suami pasang. esoknya lepas en suami hantar anak ke sekolah terus sambung. aku lak masih 💤💤 guling-guling dengan harraz kat tilam. biasa sangattt kan 👊👊
Aku lak tukang bersihkan sesawang dengan cabut frame yang lama. hek eleh semak tau semak. takpe lah lepas raya baru nak kemas rumah, boleh kemas sambil nyekik atau minum air hahaha lol 😝😝
Oleh kerana en suami pengemar hotwheel, kita buat sudut khas untuk dia. tray tu memang dah sedia ada cuma kita belikan frame garaj tu dan kiranya buat hati dia berbunga-bunga lah sikit sebab dah tolong projek isteri dia ni. bukan bodek tau 👅👅
Dan hasilnya taraaaaa 👆👆 hmmm sehari suntuk en suami siapkan, walaupun bukan seorang yang pro dalam bab pasang wallpaper ni tapi tetap cantik. berubah lah juga wajah ruang tamu kami tu. alhamdulillah terima kasih sayang 💋💋
Kat dinding dapur pun aku tampal wallpaper biru ni. yang ini beli kat kedai D.I.Y, beli sekali 2 roll tapi nak tampalnya sekangkang kera jek. tamak memang gitu ✋✋ dah cantik barulah boleh masak hari-hari ya tak?
Ada lebihan wallpaper ni, nanti ada masa pada hujung minggu bolehlah sambung projek deko-deko ni lagi. dan sebelum terlupa, aku nak share kan kos yang aku keluarkan untuk projek ini.
Kedai Eco : ~
wallpaper 20roll = rm40.00
Frame botol 3pcs = rm6.00
Frame garaj kereta 1pcs = rm2.00
Kedai Diy : ~
Wallpaper 2roll = rm7.60
Jam dinding = rm18.00
Jam dinding = rm18.00
Jumlah keseluruhan hanya rm73.60 sahaja korang, murah dan menjimatkan kannn.
Miss nak tanya kalau satu bilik nak beli wallpaper tu brpaa ya ? Sebab tak reti macam mana nak beli wallpaper tu untuk satu bilik
BalasPadam