Julai 12, 2018

PELAM EPAL

Assalamualaikum.


Siapa suka makan pelam? angkat ✋✋ekeke, mai dekat sini nak habaq sat 👅👅 pasal pokok pelam kat depan rumah tu, berbuah sangat lebat tahun ni. alhamdulillah, berbudi pada tanah inilah hasilnya kan kann. haha tapi bukan aku yang tanam, tuan tanah punya lah.

Sebelum-sebelum ni memang tetiap tahun berbuah tapi aku rasa tahun ni lain sikit. yelah mana tak nya bila nak kopek jek mesti ada penghuninya. nak kata apa lagi kalau pelam muda pun dah ada 💀💀
last-last biarkan jek buahnya jatuh gedebuk-gedebuk masuk longkang. bila hujan turun semua kasi jalan dek air hujan tu.hahaha. settle.




Pernah jugalah buat asam boi dengan jeruk pelam tu. ehh siap buat biz lagi tau. lepas tu mood semua kelaut. hehe. dan tahun ni syukur sangat langsung takde penghuni dalam buah tu.seriussss 😜😜 kerabu mangga setiap minggu buat masa bulan puasa hari tu. bila buah banyak lelama jadi muak pula, anak-anak pun dah tak lalu nak makan, kesudahnya sedekahkan kat kengkawan office dan kengkawan sekolah. rezeki berkongsi sesama ye tak?





Macam dah rutin setiap pagi lak rasanya nak mengutip buah pelam yang jatuh, standby plastik satu hahaha. pokoknya tinggi galah pun takde macam mana nak petik kan, so tiba masa dia gugur sendiri. tengok tu dah kuning-kuning kulitnya. huishhh huishh walaupun kulit dia tak berapa nak peloles tapi isi dia tetap mantap tau 😁😁

taraaaaa 💋💋

terliur tak?

Sampaikan ada kawan siap booked awal-awal pelam ni, insyaallah selagi ada rezekinya dapatlah merasa. macam hari ni ada kawan sekolah dari tiram johor sanggup balik kerja nak ke sini ambil pelam. tetamu beraya pun siap kami hidangkan pelam,huhai.  moga next musim pun macam ini juga lah hendaknya. Insyaallah amin3x 💋💋



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Yak yak yeahhh
kOmen yang memberansangkan ajer wOkey..
terkucil nanti ibu twins..
har..har..harun tOl

PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...