Julai 18, 2018

DESARU COAST ADVENTURE WATERPARK

Assalamualaikum dan selamat petang buat pembaca blog,


Semalam punya review dengan kengkawan officemate ke desaru coast adventure waterpark . Secara officialnya di buka kepada pengunjung pada 19 julai 2018 iaitu pada esok . akan tetapi telah dibuka terlebih dahulu khas untuk para staffnya. dengar-dengarnya setiap pekerjanya dapat 4 ticket free untuk masuk ke waterpark. wow annggatt 👀


pintu besar ke waterpark


Tak nak tulis panjang-panjang sangat, jadi korang lihatlah sendiri tuan belog ni posing sana sini 😉😉
dah namanya tak ada ticket, ko riki jek lah kat luar tu sampai lebam haha.












kental dan gigih  officemate aku ni sebenarnya nak ke sini. iyelah waktu lunch kottt 👌👌, so far kat sini tak perlu risau bab toilet jauh ke tak sebabnya sepanjang jalan nak ke waterpark tu banyak toilet aku nampak. kedai-kedai makan macam bistro, cafe dan donut house pun dah mula beroperasi.


nindiaaa donut & coffee dazs

view dari tepi dazs donut & coffee

pelbagai flavour


Kitaorang beli 1set ni rm13.00 untuk 9pcs donut cinonet ni. buat hadow hadow jek kat anak tekak ni, jadi lah kan. huhu 💢 💢 tapi tak tahulah tekak aku ni ngegada sikit agaknya. kekacang yang kat atas donut tu ada rasa tenggek@hapak sikit. mungkin stock lama 😳😳

Cerita-cerita juga kan, mesti korang nak tahu berapa harga ticket masuk ke adventure waterpark tu khennn. ok tengok kat bawah ni 👇👇







Jadi untuk korang yang teringin nak ke sini mudah jek. keluar desaru highway akan jumpa traffic light, korang belok kanan dan akan jumpa stesen petronas belah kiri dan korang masuk simpang tu. terus sehingga jumpa roundboard.jauhnya lebih kurang 3@4km dari petronas tu. ambil no 12.

Ehh ehh jangan pula masuk ke lotus desaru tau 😊😊. kat sini korang akan jumpa banyak hotel-hotel 3@4 bintang sepanjang jalan desaru ni macam lotus desaru & tunamaya. nanti ada 1 simpang ke adventure waterpark ini belah kanan. taraaaa jumpa sudah.

Oklah setakat ini sahaja info yang dapat aku kongsikan, insyaallah ada masa aku buat entri tentang tempat-tempat peranginan di desaru ini. banyak tau hehe walaupun aku orang sini tapi tak semua tempat aku dah pergi.kahkahkah. desaru kian berkembang dan kian membangun. hard rock pun akan menyusul tak lama lagi. wow tak ? okey jumpa lagi 💋💋

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Yak yak yeahhh
kOmen yang memberansangkan ajer wOkey..
terkucil nanti ibu twins..
har..har..harun tOl

PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...