Julai 30, 2018

PROJEK HUJUNG MINGGU ~ PASANG TIRAI KABINET DAPUR

Assalamualaikum,


Sejak dua menjak join group kelab kaki deco barang eco/mr diy kat facebook tu perasaan membuak-buak nak mendeko dan menghias rumah. hantu betul punya group 👽👽💀💀 dan makin berhantu lah aku sebab kedai eco dan kedai diy dedua ada berhampiran dengan rumah. haaa tepukkkk 👏👏👏


Dah namanya perempuan mestilah suka yang cecantik walaupun menda tu murah. tak semestinya murah tak cantik kan.giteww. hahaha. hari tu pergi ke diy dengan en suami nak cari shower curtain untuk tutup kabinet dapur tu tapi sayangnya tak ada. bukan rezeki aku sob sob.


Lepas tu sabtu lepas balik dari kerja ajak anak-anak dengan en suami ke bandar kota tinggi, sesaja jenjalan dan cuci mata. ajak en suami singgah ke kedai kain berhadapan plaza kota tinggi dan terus beli kain jenis cotton 4 meter x rm5 untuk kabinet dapur tu. lepas tu berkebil-kebil jadi ke tak tirai ni,hahaha geti pula ko nak jahit 😁😁😁 nekad !! jadi ke tak belakang cerita.




Awal pagi lepas breakfast dah duduk depan tv dengan harapan menjadilah. haha. set menjahit tu beli di kedai eco jek, wajib ada untuk setiap rumah tau. dan akhirnya menjadi juga 1st trial aku kehkeh, bakat terpendam ke?


model tak di undang 👀
Tak sempat nak ambil gambar sebelum kejadian. tak pelah selepas kejadian pun kira ok lah kan. jahit manual tau, jahitan sembat katanya. sempatlah juga belajar dengan mak dedulu walaupun tak khatam.

Tu la dia #dapoibutwins kecik molek jek.sejuk sikitlah mata memandang dan tak nampak lah segala khazanah bawah tu. kepuasan ✋✋!




Rak biru hasil mencandat di diy HM dan tipuware biru tu aku beli kat kedai eco. semestinya murah dan cantik. Kain ada lebih, dah niat nak buat langsir kat dapur tapi bila tu tak tahulah. mungkin tahun depan 🙆 🙆

Doa-doakan menjadi ya.babai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Yak yak yeahhh
kOmen yang memberansangkan ajer wOkey..
terkucil nanti ibu twins..
har..har..harun tOl

PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...