Julai 30, 2018

PROJEK HUJUNG MINGGU ~ PASANG TIRAI KABINET DAPUR

Assalamualaikum,


Sejak dua menjak join group kelab kaki deco barang eco/mr diy kat facebook tu perasaan membuak-buak nak mendeko dan menghias rumah. hantu betul punya group 👽👽💀💀 dan makin berhantu lah aku sebab kedai eco dan kedai diy dedua ada berhampiran dengan rumah. haaa tepukkkk 👏👏👏


Dah namanya perempuan mestilah suka yang cecantik walaupun menda tu murah. tak semestinya murah tak cantik kan.giteww. hahaha. hari tu pergi ke diy dengan en suami nak cari shower curtain untuk tutup kabinet dapur tu tapi sayangnya tak ada. bukan rezeki aku sob sob.


Lepas tu sabtu lepas balik dari kerja ajak anak-anak dengan en suami ke bandar kota tinggi, sesaja jenjalan dan cuci mata. ajak en suami singgah ke kedai kain berhadapan plaza kota tinggi dan terus beli kain jenis cotton 4 meter x rm5 untuk kabinet dapur tu. lepas tu berkebil-kebil jadi ke tak tirai ni,hahaha geti pula ko nak jahit 😁😁😁 nekad !! jadi ke tak belakang cerita.




Awal pagi lepas breakfast dah duduk depan tv dengan harapan menjadilah. haha. set menjahit tu beli di kedai eco jek, wajib ada untuk setiap rumah tau. dan akhirnya menjadi juga 1st trial aku kehkeh, bakat terpendam ke?


model tak di undang 👀
Tak sempat nak ambil gambar sebelum kejadian. tak pelah selepas kejadian pun kira ok lah kan. jahit manual tau, jahitan sembat katanya. sempatlah juga belajar dengan mak dedulu walaupun tak khatam.

Tu la dia #dapoibutwins kecik molek jek.sejuk sikitlah mata memandang dan tak nampak lah segala khazanah bawah tu. kepuasan ✋✋!




Rak biru hasil mencandat di diy HM dan tipuware biru tu aku beli kat kedai eco. semestinya murah dan cantik. Kain ada lebih, dah niat nak buat langsir kat dapur tapi bila tu tak tahulah. mungkin tahun depan 🙆 🙆

Doa-doakan menjadi ya.babai

Julai 26, 2018

OPEN HOUSE RAYA

Assalamualaikum dan selamat pagi.


Masih lagi mood beraya ke? malaysian people memang cengitu. kalau boleh nak raya 2 bulan 😝 termasuk lah tuan belog ni. akekeke.

Dekat sikit nak cerita ni 👂👂 rasanya rutin setiap tahun sejak duduk rumah sendiri ni mesti jemput kengkawan beraya ke rumah. orang kata rezekinya akan melimpah ruah kalau raikan tetamu. betul ke, ikatan silaturrahim tu yang penting sebenarnya. ada ke yang tak suka kengkawan datang kerumah. ish ish ishhh kalau boleh buang sikap tu jejauh. tak baik 💨 💨

ex officemate branch s.rengit

kawan en. suami
                        
ahli keluarga belah en. suami

kengkawan sekolah
  
kengkawan sekolah

officemate


Terima kasih ahli keluarga, officemate dan kengkawan sekolah datang ke rumah. mohon maaf juga jika terkurang layanan dan masakannya. Menu? hehehe masak yang ringkas-ringkas jek 💃💃

Julai 18, 2018

DESARU COAST ADVENTURE WATERPARK

Assalamualaikum dan selamat petang buat pembaca blog,


Semalam punya review dengan kengkawan officemate ke desaru coast adventure waterpark . Secara officialnya di buka kepada pengunjung pada 19 julai 2018 iaitu pada esok . akan tetapi telah dibuka terlebih dahulu khas untuk para staffnya. dengar-dengarnya setiap pekerjanya dapat 4 ticket free untuk masuk ke waterpark. wow annggatt 👀


pintu besar ke waterpark


Tak nak tulis panjang-panjang sangat, jadi korang lihatlah sendiri tuan belog ni posing sana sini 😉😉
dah namanya tak ada ticket, ko riki jek lah kat luar tu sampai lebam haha.












kental dan gigih  officemate aku ni sebenarnya nak ke sini. iyelah waktu lunch kottt 👌👌, so far kat sini tak perlu risau bab toilet jauh ke tak sebabnya sepanjang jalan nak ke waterpark tu banyak toilet aku nampak. kedai-kedai makan macam bistro, cafe dan donut house pun dah mula beroperasi.


nindiaaa donut & coffee dazs

view dari tepi dazs donut & coffee

pelbagai flavour


Kitaorang beli 1set ni rm13.00 untuk 9pcs donut cinonet ni. buat hadow hadow jek kat anak tekak ni, jadi lah kan. huhu 💢 💢 tapi tak tahulah tekak aku ni ngegada sikit agaknya. kekacang yang kat atas donut tu ada rasa tenggek@hapak sikit. mungkin stock lama 😳😳

Cerita-cerita juga kan, mesti korang nak tahu berapa harga ticket masuk ke adventure waterpark tu khennn. ok tengok kat bawah ni 👇👇







Jadi untuk korang yang teringin nak ke sini mudah jek. keluar desaru highway akan jumpa traffic light, korang belok kanan dan akan jumpa stesen petronas belah kiri dan korang masuk simpang tu. terus sehingga jumpa roundboard.jauhnya lebih kurang 3@4km dari petronas tu. ambil no 12.

Ehh ehh jangan pula masuk ke lotus desaru tau 😊😊. kat sini korang akan jumpa banyak hotel-hotel 3@4 bintang sepanjang jalan desaru ni macam lotus desaru & tunamaya. nanti ada 1 simpang ke adventure waterpark ini belah kanan. taraaaa jumpa sudah.

Oklah setakat ini sahaja info yang dapat aku kongsikan, insyaallah ada masa aku buat entri tentang tempat-tempat peranginan di desaru ini. banyak tau hehe walaupun aku orang sini tapi tak semua tempat aku dah pergi.kahkahkah. desaru kian berkembang dan kian membangun. hard rock pun akan menyusul tak lama lagi. wow tak ? okey jumpa lagi 💋💋

Julai 16, 2018

WALLPAPER KEDAI ECO ~ MURAH DAN MENJIMATKAN

Assalamualaikum.


Selamat pagi cinta 💖💖, siapa suka mendeko kat sini? mesti cantik kan rumah korang. entri pagi ini saje nak share dengan korang #projekisteri tapi yang membuatnya adalah si suami. hahaha bukan membuli tau 👅👅

Cenggini, tetiba jek mood nak pasang wallpaper tu datang sendiri. duduk rumah tu dah 6 tahun tapi takde pun nak buat sejenis deko-deko ni. tapi bila mood dah datang, tak nak tunggu lelama takut mood nya hilang semula. wallpaper tu beli di kedai eco, main beli jek mana yang berkenan di hati. ukuran? ikut kata hati hahahaha. main ambil jek 20 roll colour hijau bercorak. lepas tu ambil frame 3pcs. sejak dua menjak gst takde ni kemahen eksen kalau boleh nak penuhkan 1 bakul terus.


in process 😃

Malam tu try lah pasang sekeping dua dulu, haish berpeluh-peluh en suami pasang. esoknya lepas en suami hantar anak ke sekolah terus sambung. aku lak masih  💤💤 guling-guling dengan harraz kat tilam. biasa sangattt kan 👊👊 

Aku lak tukang bersihkan sesawang dengan cabut frame yang lama. hek eleh semak tau semak. takpe lah lepas raya baru nak kemas rumah, boleh kemas sambil nyekik atau minum air hahaha lol 😝😝




Oleh kerana en suami pengemar hotwheel, kita buat sudut khas untuk dia. tray tu memang dah sedia ada cuma kita belikan frame garaj tu dan kiranya buat hati dia berbunga-bunga lah sikit sebab dah tolong projek isteri dia ni. bukan bodek tau 👅👅




Dan hasilnya taraaaaa 👆👆 hmmm sehari suntuk en suami siapkan, walaupun bukan seorang yang pro dalam bab pasang wallpaper ni tapi tetap cantik.  berubah lah juga wajah ruang tamu kami tu. alhamdulillah terima kasih sayang 💋💋




Kat dinding dapur pun aku tampal wallpaper biru ni. yang ini beli kat kedai D.I.Y, beli sekali 2 roll tapi nak tampalnya sekangkang kera jek. tamak memang gitu ✋✋ dah cantik barulah boleh masak hari-hari ya tak?




Ada lebihan wallpaper ni, nanti ada masa pada hujung minggu bolehlah sambung projek deko-deko ni lagi. dan sebelum terlupa, aku nak share kan kos yang aku keluarkan untuk projek ini. 

Kedai Eco : ~
wallpaper 20roll = rm40.00
Frame botol 3pcs = rm6.00
Frame garaj kereta 1pcs = rm2.00

Kedai Diy : ~
Wallpaper 2roll = rm7.60
Jam dinding = rm18.00

Jumlah keseluruhan hanya rm73.60 sahaja korang, murah dan menjimatkan kannn. 

Julai 12, 2018

PELAM EPAL

Assalamualaikum.


Siapa suka makan pelam? angkat ✋✋ekeke, mai dekat sini nak habaq sat 👅👅 pasal pokok pelam kat depan rumah tu, berbuah sangat lebat tahun ni. alhamdulillah, berbudi pada tanah inilah hasilnya kan kann. haha tapi bukan aku yang tanam, tuan tanah punya lah.

Sebelum-sebelum ni memang tetiap tahun berbuah tapi aku rasa tahun ni lain sikit. yelah mana tak nya bila nak kopek jek mesti ada penghuninya. nak kata apa lagi kalau pelam muda pun dah ada 💀💀
last-last biarkan jek buahnya jatuh gedebuk-gedebuk masuk longkang. bila hujan turun semua kasi jalan dek air hujan tu.hahaha. settle.




Pernah jugalah buat asam boi dengan jeruk pelam tu. ehh siap buat biz lagi tau. lepas tu mood semua kelaut. hehe. dan tahun ni syukur sangat langsung takde penghuni dalam buah tu.seriussss 😜😜 kerabu mangga setiap minggu buat masa bulan puasa hari tu. bila buah banyak lelama jadi muak pula, anak-anak pun dah tak lalu nak makan, kesudahnya sedekahkan kat kengkawan office dan kengkawan sekolah. rezeki berkongsi sesama ye tak?





Macam dah rutin setiap pagi lak rasanya nak mengutip buah pelam yang jatuh, standby plastik satu hahaha. pokoknya tinggi galah pun takde macam mana nak petik kan, so tiba masa dia gugur sendiri. tengok tu dah kuning-kuning kulitnya. huishhh huishh walaupun kulit dia tak berapa nak peloles tapi isi dia tetap mantap tau 😁😁

taraaaaa 💋💋

terliur tak?

Sampaikan ada kawan siap booked awal-awal pelam ni, insyaallah selagi ada rezekinya dapatlah merasa. macam hari ni ada kawan sekolah dari tiram johor sanggup balik kerja nak ke sini ambil pelam. tetamu beraya pun siap kami hidangkan pelam,huhai.  moga next musim pun macam ini juga lah hendaknya. Insyaallah amin3x 💋💋



PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...