Mei 25, 2018

AYAM GORENG ALA-ALA KFC

Assalamualaikum dan salam 9 ramadhan,


Baca title dah lapau ke? ish ishh 👀
Sejak dua menjak dah tahu nak buat ayam goreng ala- ala kepci, hati membuak-buak nak buat ayam goreng jek.haha. mesti antara korang ni macam aku juga kan. lelagi anak-anak ni memang hantu ayam goreng. nak resepi yang mudah dan cepat tapi nak sebijik macam ayam kepci tu meh mehhh aku bagi resepi ni. Ini versi aku tau.

Bahan - bahan
1. Ayam (potong ikut suka)
2. Tepung bestari
3. Kunyit
4. Garam
5. Minyak masak

Cara Memasak
1. Bersihkan dan cuci ayam, tos kan
2. Gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam
3. Masukkan tepung bestari dan gaul sebati (aku pilih yang spicy)
4. Panaskan periuk saiz yang sedang jek dan tuangkan minyak masak dengan kuantiti yang banyak.(sebab tu guna periuk dan bukan kuali ya, kenapa? sebabnya kita nak masukkan ayam tu dalam minyak.biar ayam tu tak nampak tau biar dia masak sekata, faham?)
5. Sebelum tu masukkan tepung bestari ke bekas yang lain dan salut kesemua ayam sebelum masukkan dalam periuk tu
5. Ayam yang masak akan timbul sendiri ke atas. dan lihatlah ayamnya masak dengan perfek!! tak caya cubalah.


taraaaa ✌✌

ini rupa tepung bestari tu, ada original dan ada yang spicy

Mei 24, 2018

TAMAN BUAYA & SEAFOOD TELOK SENGAT, KOTA TINGGI, JOHOR.

Assalamualaikum,

Hai hai hai 🙋🙋🙋 ada entry baru lagi, entry ini sesuai sangat untuk korang yang ada planning bercuti ke desaru atau ke kota tinggi, johor. taman buaya ini adalah yang terbesar di semenanjung malaysia dan terdapat lebih dari seribu ekor buaya di sini 😱😱 👀. banyak ke banyak? teruja tak 💃💃

lengang kan

Kalau dari desaru tu takde lah jauh mana pun, lebih kurang 15minit jek tapi taman buaya ni jauh ke dalam sikit tapi tak susah pun nak cari. bayaran untuk dewasa hanya rm8.00 dan kanak-kanak rm4.00. tempat nya besar dan confirm akan mengah nak tawaf 1 taman tu.hehe

Waktu dia dari kol 9 pagi sampai 6 petang dan masa aku sekeluarga pergi tu dah kol 5 petang jadi takde orang langsung. so happy lah kan tak perlu bersesak-sesak kat situ. akan ada 1 pekerja yang akan follow kita di sepanjang road tour dalam tu.iyelah dia akan terangkan serba sedikit tentang buaya di situ.

replika buaya.rugi kalau tak ambil gambar kan

bersihkan tempatnya

ticket

besar gile 😁😁




Punyalah banyak buaya kat situ, bermacam jenis dari yang kecil sampai besar. yang beratus tahun pun ada, dan yang bestnya ada buaya OKU pun ada. oku macam mana? yang takde ekor pun ada tau.buaya kontot namanya hehehe.

ekornya mana sang buaya?

Kat situ ada kedai makan,kedai jual air dan cenderahati untuk kenangan. tapi aku tak beli pun hehe sebab agak mahal. air tin jek dah terasa mahal nya macam mana. so lepas tu mestila ambil gambar sepukul dua, khennn 👊👊




tulang buaya

Selain taman buaya, telok sengat ni terkenal juga dengan masakan seafood dia, antara kedai yang menjadi pilihan hati adalah gerai no 12 dan restoran maklam seafood. korang cari kat area foodcourt dia. bersebelahan jeti yang cantik, pemandangan waktu matahari terbenam yang indah dan dapat juga lihat jambatan highway desaru-senai yang baru tu. dengan kata lain view dia ummppph lah!! sesuai lah untuk kaki selfie. haaa apa lagi jomlah update kat ig memasing 😃😃

cikliz,aku,ami,ayu

nampak tak jeti kat belakang tu, boleh tahan panjang

Kalau ada luck, korang boleh tengok nelayan bawa balik hasil tangkapan mereka, pernah nampak sepasang suami isteri mencari tiram di tepi-tepi jeti tu. sebakul hokey tiram yang mereka dapat. silap haribulan dapat mutiara dalam tiram tu.hehe (macam tipu jek) 👂👀

Masa ini ex-officemate open table kat gerai no 12. bershell out lah kita, tapi sorang lagi ex-officemate tak dapat join. so kami berempat jek yang ada tapi nampak ramaikan.hehe tu tu anak aku lah. yang hujung sana family cikliz.meriah khen.

zoom lah sikit tengok shellout dia tu 😍😍

geng'85

Geng85 👆👆 tu sebelum kejadian. sementara menunggu opismate sampai aku join dulu dorang. kiranya 2 dalam 1 lah kan. untung tak? dapatlah seteguk dua air dorang.hahaha. Okeylah cukup setakat ini, jadi untuk korang yang dah baca entry ni bolehlah masukkan dalam list bila nak datang ke desaru atau kota tinggi. babaiii 💋💋


Mei 23, 2018

KERABU MANGGA YANG SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum,


Untuk pertama kalinya aku nak share resepi. kahkah 😂😂  Ehh ada ke orang baca kau punya belog 🙈🙈. sedih lahai. takpe, takde orang baca tapi aku tetap nak share juga resepi kerabu mangga versi ibutwins gitewww.

kalau ada lada cili hijau lagi meriahkan 🙆🙆


Bahan-bahan
1. Buah mangga muda 2 biji (di layang halus)
2. Bunga kantan 1 kuntum (di layang halus)
3. Kacang tanah (di goreng dan di tumbuk kasar)
4. Lada cili (di potong halus)
5. Udang kering (disangai)
6. Tomato 1 biji (di potong halus)
7. Garam
8. Gula


Cara penyediakan
Sangat mudah, masukkan bahan-bahan no 1 - 6 dalam mangkuk besar. gaul bagi sebati dan masukkan perasa garam dan gula secukupnya. taraaa siap!! ada juga resepi letak carrot dan sos ikan tapi dalam resepi aku ni memang tak letak pun dah rasa yakmatttt sangat. Tak makan dengan nasi pun habis tau.krupp krupp gitu. korang terai lah macam mana kick dia 😉😉


Mei 18, 2018

TRAGEDI !!

Salam Ramadhan Ya Kareem,


Straight to the point lah, bila kau tersedar jam 5 suku dan tolong bayangkan reaksi aku laki bini 😡😡
dan-dan lah tak sempat kau nak panaskan lauk. apatah lagi nak masak air. memang takkklah jawapnya. Angkat segala periuk atas meja makan dan kau makan macam orang tak jumpa nasi seminggu. haha hazabedahhh namanya 🙇🙇


ayam pedas, ayam lemak cili, taugeh goreng, kurma dan mangga



Gara-gara tak sedar bunyi alarm henpon walaupun henpon sebelah telinga 👂👂 jek. itulah tragedi masa bersahur aku anak beranak pada 2 ramadhan. caitttt. Nasib sempat habis makan dan azan subuh pun berkumandang. Alhamdulillah 🙋🙋

Mei 17, 2018

RAMADHAN DATANG LAGI

Assalamualaikum,


Ramadhan muncul lagi, alhamdulillah dapat merasai bulan yang penuh keberkatan ini bersama-sama suami dan anak-anak tersayang. Tapi oleh sebab wanita ni istimewa, jadi tak dapat puasa pada 1 ramadhan. Tulah istimewanya wanita ni tau tau. yang lelaki jangan tak nak puasa pula,sekel kang.






Nahhh niat puasa kat atas tu, niat untuk sebulan lagi senang kan.

PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...