Mei 24, 2018

TAMAN BUAYA & SEAFOOD TELOK SENGAT, KOTA TINGGI, JOHOR.

Assalamualaikum,

Hai hai hai 🙋🙋🙋 ada entry baru lagi, entry ini sesuai sangat untuk korang yang ada planning bercuti ke desaru atau ke kota tinggi, johor. taman buaya ini adalah yang terbesar di semenanjung malaysia dan terdapat lebih dari seribu ekor buaya di sini 😱😱 👀. banyak ke banyak? teruja tak 💃💃

lengang kan

Kalau dari desaru tu takde lah jauh mana pun, lebih kurang 15minit jek tapi taman buaya ni jauh ke dalam sikit tapi tak susah pun nak cari. bayaran untuk dewasa hanya rm8.00 dan kanak-kanak rm4.00. tempat nya besar dan confirm akan mengah nak tawaf 1 taman tu.hehe

Waktu dia dari kol 9 pagi sampai 6 petang dan masa aku sekeluarga pergi tu dah kol 5 petang jadi takde orang langsung. so happy lah kan tak perlu bersesak-sesak kat situ. akan ada 1 pekerja yang akan follow kita di sepanjang road tour dalam tu.iyelah dia akan terangkan serba sedikit tentang buaya di situ.

replika buaya.rugi kalau tak ambil gambar kan

bersihkan tempatnya

ticket

besar gile 😁😁




Punyalah banyak buaya kat situ, bermacam jenis dari yang kecil sampai besar. yang beratus tahun pun ada, dan yang bestnya ada buaya OKU pun ada. oku macam mana? yang takde ekor pun ada tau.buaya kontot namanya hehehe.

ekornya mana sang buaya?

Kat situ ada kedai makan,kedai jual air dan cenderahati untuk kenangan. tapi aku tak beli pun hehe sebab agak mahal. air tin jek dah terasa mahal nya macam mana. so lepas tu mestila ambil gambar sepukul dua, khennn 👊👊




tulang buaya

Selain taman buaya, telok sengat ni terkenal juga dengan masakan seafood dia, antara kedai yang menjadi pilihan hati adalah gerai no 12 dan restoran maklam seafood. korang cari kat area foodcourt dia. bersebelahan jeti yang cantik, pemandangan waktu matahari terbenam yang indah dan dapat juga lihat jambatan highway desaru-senai yang baru tu. dengan kata lain view dia ummppph lah!! sesuai lah untuk kaki selfie. haaa apa lagi jomlah update kat ig memasing 😃😃

cikliz,aku,ami,ayu

nampak tak jeti kat belakang tu, boleh tahan panjang

Kalau ada luck, korang boleh tengok nelayan bawa balik hasil tangkapan mereka, pernah nampak sepasang suami isteri mencari tiram di tepi-tepi jeti tu. sebakul hokey tiram yang mereka dapat. silap haribulan dapat mutiara dalam tiram tu.hehe (macam tipu jek) 👂👀

Masa ini ex-officemate open table kat gerai no 12. bershell out lah kita, tapi sorang lagi ex-officemate tak dapat join. so kami berempat jek yang ada tapi nampak ramaikan.hehe tu tu anak aku lah. yang hujung sana family cikliz.meriah khen.

zoom lah sikit tengok shellout dia tu 😍😍

geng'85

Geng85 👆👆 tu sebelum kejadian. sementara menunggu opismate sampai aku join dulu dorang. kiranya 2 dalam 1 lah kan. untung tak? dapatlah seteguk dua air dorang.hahaha. Okeylah cukup setakat ini, jadi untuk korang yang dah baca entry ni bolehlah masukkan dalam list bila nak datang ke desaru atau kota tinggi. babaiii 💋💋


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Yak yak yeahhh
kOmen yang memberansangkan ajer wOkey..
terkucil nanti ibu twins..
har..har..harun tOl

PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...