Februari 27, 2019

PENGALAMAN BERCUTI DI BATAM INDONESIA 3H2M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


hai korang ✌✌, terima kasih sudi skodeng dan masih sudi nak baca enrty aku kali ini. Yang tercari-cari info nak ke batam tu bolehlah buat noted serba sedikit berdasarkan pengalaman aku ni. yes, tentang pengalaman aku yang tak seberapa ketika bercuti bersama keluarga di pulau batam, kepulauan riau indonesia 😎😎


Percutian aku kali ini bersama ahli keluarga dan juga kengkawan officemate seramai 15 orang, ya ramaikan, di ringkaskan sahaja jalan ceritanya. kalau tak confirm tahun depan pun tak habis hahaaa 👊👊


Percutian aku kali ini adalah kali pertama ke luar negara jadi keterujaan dia lain macam sedikit. biasa memang aku hanya cuti-cuti malaysia sahaja ehekk ehekkk. orang kata dalam megara pun tak habis pusing dah sibuk nak ke luar negara 👊👊 halaaa ambil angin tempat orang apa salahnya.


Oleh kerana aku duduk desaru johor, jadi tak berapa nak jauhlah kalau nak ke batam tu. sebabnya batam ni dekat sangat dan begitu senonim dengan pelancong dari singapore dan johor. Dan kami declare naik feri dari port pasir gudang. lebih dekat dan menjimatkan masa. Ticket feri akak aku dah booked seminggu sebelum tarikh kami berangkat. harga 2 way hanya rm105 untuk dewasa dan rm65 untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12tahun. bawah 4 tahun hanya dikenakan boarding pass rm21. Ok jelas tak pasal ticket? ok lihat kat bawah ini 👇👇 biar terang biji mata korang tu ✌✌





HARI PERTAMA
💥💥 nasi padang sederhana
💥💥 kampung vietnam
💥💥 jambatan barelang
💥💥 pasar malam alun-alun



pose dulu di luar port


Aku sampai di terminal feri pasir gudang jam 9pagi. ticket feri jam 10.30 pagi dan perlu menunggu 1jam sebelum feri bergerak, itu syarat-syarat menaiki feri dan  Perjalanan mengambil masa hampir 2jam, tapi korang jangan risau kat dalam ni beraircond dan sejuk, boleh tidur 💤💤 dengan selesa weiii 😫😫 itu pun kalau korang tak mabuk laut hahaaa. Dan seperti para blogger hapdet sebelum ni, pekena mie ayam. fuhhh bau dia memanggil-manggil end up beli la juga buat rasa-rasa takut kempunan. alasankan. Sesampai di batam kami terus menaiki kereta yang di booking oleh abang ipar, ku fikir sebuah van tapi rupanya 2 mpv dan 1 kereta sedan. salah seorang supir ini kenalan kepada kenalan abang ipar. So follow kan ajek.


konsep siapa cepat dulu dia dapat

nasi padang

Tempat pertama di tuju semestinya kedai makan yang di beri nama kedai nasi padang sederhana. konsep nasi padang di sini customer datang dan duduk, mereka terus sediakan kesemua menu dalam piring. hahaha semua nampak menyelerakan sebab perot dah lapar 😂😂 dan jangan cuba-cuba nak mencuit lauk kalau korang tak nak makan sebab mereka akan kira walaupun korang tak habis makan. jadi makan menu yang perlu jek. ingat tu 💣💣 dan kami terus ke hotel untuk check in, hotel parogon nagoya ini kami booking melalui agoda.com dengan harga rm150 untuk 3hari 2malam.


di lobi sementara menunggu bilik siap untuk di check in



di pintu masuk hotel

Selepas tu supir terus bawa kami ke kampung vietnam, terasa jauh nak ke sini sebab kami perlu melalui kesemua jambatan di batam ini. Bila dah lewat petang, nak pusing-pusing di situ pun takut sebab suasana nya scary sedikit. Nak explore ke atas tak berkesempatan huhu tapi dapatlah tengok sekawan rusa dan bergambar di bot peninggalan warga vietnam di sini. Ada cerita tersendiri dan di ringkaskan memang orang vietnam pernah mendiami di sini semasa perang dahulu sebelum kerajaan indonesia menghantar semula ke negara asal mereka. kelihatan berek-berek usang tapi masih utuh berdiri. serammm nokk tempat orang, kau rase?


sayur kangkong 25 rupiah seikat = rm2.50 +-


bot peninggalan orang vietnam

sempatlah posing sekejap dengan officemate

ini dia berek-bereknya

Seterusnya aku berpeluang melihat sunset yang sangat cantik di jembatan 6, subhannallah indahnya ciptaanmu. walaupun berpeluang melihat dari dalam kereta yang bergerak. dia dah cukup buat aku. perjalanan tergangu disebabkan jem teruk sepanjang perjalanan nak ke jambatan barelang. Anak-anak semua dah kepenatan.




Pekena jagung bakar sambil duduk di kaki lima jambatan tu adalah satu pengalaman buat aku sekeluarga dengan angin sepoi-sepoi di malam hari hahahaaa. sampai sekarang masih terasa-terasa kemanisan jagungnya 🙎🙎

10 ribu rupiah sebatang = rm3.00 murah kan



Kemudian kami di bawa ke pasar malam alun-alun yang terletak di signboard welcome to batam, di sini aku berkesempatan merasa kerak telur sebungkus (rupa bentuk macam takoyaki) dan nasi kampung petai.haha dasar tekak kampungan ✌✌ pasar malamnya sama seperti pasar malam di tempat kita hehe. banyak-banyak mende di sini anak-anak pilih slime, adudu anak oi. aku dah tak ingat berapa rupiah slime tu. en husban pula beli snack yang berasap-asap tu. tak tahu apa namanya. tak sedap pun 👅👅


tanda kami dah sampai ehek ehekk ❤❤



10 ribu rupiah = rm3.00 (lebih 10pcs) 

HARI KEDUA
💥💥 tebing langit sekupang
💥💥 laksamana cheng hoo
💥💥 masjid muhammad cheng hoo
💥💥 costarina beach
💥💥 nagoya hill mall
💥💥 warung ayam penyek

Selepas bersarapan di hotel, kami menunggu supir yang tak kunjung tiba, sejam juga mereput kat lobi tu. mungkin mereka pun letih barangkali sebab malam semalam kami balik jam 12pagi. haha husnuzon jek lah walaupun hakikatnya geram yakmat 💔💔


nak naik sini kena 10 ribu rupiah = rm3




















                                         






Spot paling terkini di tebing langit sekupang, macam-macam ada kat situ. tebing langit ni atas bukit ye korang jadi di nasihatkan korang pakai kasut, lupakan hasrat nak pakai heel bagai ye. Sediakan air minuman secukupnya hehe sebab kita perlu mendaki ke atas. banyak lagi spot yang aku sendiri tak sempat nak bergambar macam tikar terbang dan belon. begitulah bila ada anak-anak.

Seterusnya aku ke kapal laksamana cheng hoo dan masjid laksamana muhammad cheng hoo, cantik senibina masjid ini berwarna merah. Lepas itu, supir membawa kami ke costarina beach. Oleh kerana semua dah lepak bertambah-tambah anak mula buat hal, kami declare ke nagoya hill mall untuk mencari sedikit ole-ole untuk di bawah pulang. Malam tu kami balik hotel awal dan cari makan malam di sekitar hotel. Agak jauh juga nak cari warung tepi jalan tu.







baju t-shirt sgt murah hanya 20rupiah = rm6 

HARI KETIGA
💥💥 Italy textile
💥💥 Kek lapis
💥💥 Mega mall centre
💥💥  Matahari mall


Hari terakhir aku di sini, kami terpaksa menunggu supir lagi 👊👊 nasiblah bukan aku yang discuss dengan supir ni. kalau tak memang berdas-das aku tembak, ehh helo aku bayar ko untuk tunggu ko ke wahai supir 👀👀


Destinasi seterusnya ke italy textile, officemate jek yang masuk. aku? malas sebab masih sakit hati dengan supir bertuah tu. lepas tu ingatkan di bawa kami ke kilang kek lapis batam haha rupanya terus turunkan kami semua di mega mall centre. binawe lah 😅😅 Nak tak nak kami cari lah kek lapis di mega mall dan bershopping kat matahari mall tu.feri balik pula jam 3petang jadi pusinglah kami mall tu sambil menghabiskan baki-baki rupiah yang ada. beli beg roda pun hanya 200 ribu rupiah hehe jadilah untuk letak ole-ole yang kami beli tu. tip berguna, elakkan mengunakan beg pegang bila nak ke batam sebab tak sesuai, korang terpaksa angkat sendiri dari feri ke imigresen tu.


Sebelum terlupa sediakan 30 ribu rupiah untuk caj tax ye (wajib) semasa nak booking feri balik walaupun korang dah beli ticket two way. tips seterusnya, digalakkan korang duduk di bahagian belakang feri untuk mengelakkan korang mabuk teruk akibat feri bergoyang.


Ok sekian sahaja perkongsian dan tips-tips dari aku. sebenarnya banyak lagi tempat yang nak pergi kat batam ni tapi rasanya 3hari tak cukup 😢😢 hihi maybe next time kan. babai 👄👄

Februari 19, 2019

TANJUNG PIAI ~ PENGHUJUNG BENUA ASIA

Assalamualaikum semua.


Lama tak buka blog sampai terlupa password bagai, nasiblah ada rezeki lagi nak membebel kat sini 😎😎, oklah terus ke cerita yang nak aku kongsi kat korang ni. korang tahu tak kat mana titik terakhir benua asia? haaa korang wajib tahu tau. penghujung benua asia terletak di tanjung piai pontian johor.


Awal bulan februari yang lepas, aku berkesempatan ke tanjung piai ni bersama anak-anak dan suami. kebetulan anak-anak dan aku cuti seminggu sempena perayaan raya cina. perjalanan dari desaru ke tanjung piai mengambil masa lebih kurang sejam lebih sahaja. Planning nak ke tanjung piai lepas tu nak ke pulau kukup tapi tak kesampaian nak ke pulau kukup disebabkan cuaca tak mengizinkan, hujan lebat jadi memang tak berani nak naik bot 😂😂


eksited lahai memasing

spot yang wajib korang bergambar sebelum masuk

Bayaran masuk ke dalam sini hanya rm5 untuk 12tahun ke atas, bawah 12 tahun masuk adalah percuma. Tip pertama kalau korang nak masuk sini pastikan bawa bekalan air minum secukupnya sebab laluan ke dalam agak jauh. tak perlu risau juga sebab ada gerai-gerai diluar mahu pun di dalam ini yang menjual makanan dan minuman.





Tip kedua yang perlu korang follow adalah pastikan korang jangan pakai heel. kekonon nak acah-acah perempuan melayu terakhir, sila simpan niat korang tu 😆😆 better korang pakai kasut 🙋 tak percaya boleh lihat gambar di bawah ni. Serius nak sampaikan ke hujung tu boleh melecet kaki.
Tip ketiga uang ada anak kecik sediakan payung, yelah kalau panas perlukan payung juga kan, boleh sunburn okey, dan kalau hujan dah tentulah sediakan payung 😁😁












Taraaaa, sampai juga ke hujung sini. panas nya lain macam 🙆🙆 ok nak share lagi ni hahaha belah kiri tu singapura dan kanan pula dah indonesia. cer tengok betul-betul, dah nampak kan daratan indonesia tu. putih-putih tu adalah pasir yang di tambak oleh negara singapura.


memasing kehausan 😋😋
Dari penglihatan aku, bagus sangat tempat ni sebabnya ramai pelancong-pelancong luar negara datang ke sini. boleh mendatangkan sumber pendapatan buat orang tempatan di sini. tiket masuk pun tak lah membebankan sangat. hihi sebelum balik sempatlah si kembar tu mengepau ibunya beli keychain sorang satu. dan FM ibu juga tidak ketinggalan. hahahaaa hatta dah jadi hobi kot 👅👅


Lepas keluar dari sini huja turun dengan lebat. Niat nak ke pulau kukup bawa anak-anak terus terbantut. Untuk korang yang masih tercari-cari tempat nak beriadah bersama anak-anak bolehlah ke sini, tak rugi pun melihat alam semulajadi yang indah ini. paya bakau yang terpelihara 👏👏





PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...