Februari 19, 2019

TANJUNG PIAI ~ PENGHUJUNG BENUA ASIA

Assalamualaikum semua.


Lama tak buka blog sampai terlupa password bagai, nasiblah ada rezeki lagi nak membebel kat sini 😎😎, oklah terus ke cerita yang nak aku kongsi kat korang ni. korang tahu tak kat mana titik terakhir benua asia? haaa korang wajib tahu tau. penghujung benua asia terletak di tanjung piai pontian johor.


Awal bulan februari yang lepas, aku berkesempatan ke tanjung piai ni bersama anak-anak dan suami. kebetulan anak-anak dan aku cuti seminggu sempena perayaan raya cina. perjalanan dari desaru ke tanjung piai mengambil masa lebih kurang sejam lebih sahaja. Planning nak ke tanjung piai lepas tu nak ke pulau kukup tapi tak kesampaian nak ke pulau kukup disebabkan cuaca tak mengizinkan, hujan lebat jadi memang tak berani nak naik bot 😂😂


eksited lahai memasing

spot yang wajib korang bergambar sebelum masuk

Bayaran masuk ke dalam sini hanya rm5 untuk 12tahun ke atas, bawah 12 tahun masuk adalah percuma. Tip pertama kalau korang nak masuk sini pastikan bawa bekalan air minum secukupnya sebab laluan ke dalam agak jauh. tak perlu risau juga sebab ada gerai-gerai diluar mahu pun di dalam ini yang menjual makanan dan minuman.





Tip kedua yang perlu korang follow adalah pastikan korang jangan pakai heel. kekonon nak acah-acah perempuan melayu terakhir, sila simpan niat korang tu 😆😆 better korang pakai kasut 🙋 tak percaya boleh lihat gambar di bawah ni. Serius nak sampaikan ke hujung tu boleh melecet kaki.
Tip ketiga uang ada anak kecik sediakan payung, yelah kalau panas perlukan payung juga kan, boleh sunburn okey, dan kalau hujan dah tentulah sediakan payung 😁😁












Taraaaa, sampai juga ke hujung sini. panas nya lain macam 🙆🙆 ok nak share lagi ni hahaha belah kiri tu singapura dan kanan pula dah indonesia. cer tengok betul-betul, dah nampak kan daratan indonesia tu. putih-putih tu adalah pasir yang di tambak oleh negara singapura.


memasing kehausan 😋😋
Dari penglihatan aku, bagus sangat tempat ni sebabnya ramai pelancong-pelancong luar negara datang ke sini. boleh mendatangkan sumber pendapatan buat orang tempatan di sini. tiket masuk pun tak lah membebankan sangat. hihi sebelum balik sempatlah si kembar tu mengepau ibunya beli keychain sorang satu. dan FM ibu juga tidak ketinggalan. hahahaaa hatta dah jadi hobi kot 👅👅


Lepas keluar dari sini huja turun dengan lebat. Niat nak ke pulau kukup bawa anak-anak terus terbantut. Untuk korang yang masih tercari-cari tempat nak beriadah bersama anak-anak bolehlah ke sini, tak rugi pun melihat alam semulajadi yang indah ini. paya bakau yang terpelihara 👏👏





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Yak yak yeahhh
kOmen yang memberansangkan ajer wOkey..
terkucil nanti ibu twins..
har..har..harun tOl

PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...