Oktober 30, 2018

FARM VILLE, SEKINCHAN KUALA SELANGOR

Assalamualaikum semua,


Pertama sekali syukur kepada Allah kerana memberi kesempatan aku sekeluarga ke farm ville sekinchan ini. Walaupun bukan di tempat penginapan aku inginkan sebelum ini iaitu padi box. Pasrah aje hehe. Dari awal tahun haritu aku memang nak ke sini melihat keindahan dan kehijauan sawah padi. kalau korang ada bacalah entry aku yang lepas-lepas tu. huhu. Okey selagi fresh dalam pale ni meh aku nak share sikit.


Kebetulan anak-anak baru sahaja lepas periksa akhir tahun untuk sekolah rendah dan sekolah agama (johorean) why not aku bercuti dengan orang yang aku sayang kan. lebih-lebih lagi aku dapat duit undi. macam mengantuk di sorongkan bantal hahahaha. Wassap padi box semua full untuk hujung minggu. omaigod. try pula dengan farm villa cafe & homestay ini selepas riki-riki kat blog koranglah. Dipendekkan cerita terus booked dan bayar deposit. Nasib en suami on sebab last minute haha ✌✌


Seawal jam 7.15 pagi kami dah menuju ke sekinchan, Sarapan hanya beli di shell layang dan makan tengah hari di rnr dengkil dan terus ke farm ville. Perjalanan mengambil masa 5 jam lebih sebab dua kali berhenti buang hajat, Check in sepatutnya jam 3 petang tapi oleh kerana kami sampai kol 1 terus penjaga tu bagi check in awal. wahhh saya suka saya suka. bilik kami betul-betul sebelah kolam mandi. No wonderlah kan.horeyyy. Rilek-rilek sekejap almaklum panas berdenting.




bukti mandi pepanas haha
Anak-anak dah berbunyi nak mandi kolam, apa lagi kecebussss lah mandi kolam. time ni takde fikir kulit terbakar atau tak. haha. dengan aku aku sekali berendam. kami datang hari jumaat kan so memang tak ramai pengunjung jadi kolam itu kami yang punya. Not bad lah farm ville ni menjadi famous sebab adanya pool. petang sikit kami keluar ke sawah padi nak lihat sendiri kehijauannya. subhanallah cantiknya pemandangan. i is teruja gaisss. tempat aku tak ada macam ini. hanya pokok kelapa sawit hehe maklumlah anak peneroka kan.Ini semua penangan tengok video klip lagu kisah antara kita - One Aveneu Band hahahaaaa. tambah pula pernah tv3 buat pengambaran untuk program Jalan-Jalan Makan Angin kat farm ville ini. pengacaranya si Atu kerinting tu.

bukti JJMA 

cantikkan

Dah sampai sini tak lengkap kalau tak ke kilang beras sekinchan. masuk rm5 untuk dewasa dan kanak-kanak. Siap dapat mini gift beras setiap seorang. ada sesi penerangan oleh pekerja situ dan kami berpeluang melihat dengan lebih dekat cara-cara pemprosesan padi menjadi beras. Lepas tu apa lagi borong beras kat shop market yang terletak di bahagian bawah and opkozlah harga lagi murah dari pasaran.







Kat sini, bukan setakat sawah padi aje, mereka juga tanam pokok jagung,jambu batu, limau sambal,bendi dan macam-macamlah. walaupun di sini banyak penduduk berbangsa cina, ada juga penduduk berbangsa melayu. Berpusing-pusing nak cari kat mana padi box tu haha tp bila dah jumpa depan-depan. hurm macam tak menyesal pulak tak check in sini.kahkahkah. tak tahulah nak cakap macam mana. indah rupa dari khabar. takpelah biar kami jek yang tahu hahahahaa. en suami siap suruh ambil gambar sebagai bukti tapi entahlah, aku yang kaki selfie ni langsung tak berminat. sendiri faham kan 👅👅





Balik semula ke farm ville, dah terus bermain trampoline kat atas cabin tu. trampoline ini untuk 15tahun ke bawah sahaja. kat sini view lagi syokkk woo. nampak lagi jelas pemandangan sawah padi yang menghijau. ya allah sejuknya mata memandang. tak rugi short vacay ini tau. kembar request nak mandi kolam lagi dan aku on ajek. so berendamlah sekali lagi sampai senja. Belah malam kami hanya bersiar di sekitar penginapan dan tengok tv di ruang menunggu. oh ya, untuk pengetahuan korang kat sini tak ada tv okey dalam cabin. hanya di ruang menunggu sahaja. please take noted. mungkin konsep mereka memang begini. tapi aku tak terkejut pun sebab dah research awal kat sini,hahaha. Kat sini juga di sediakan basikal dan kereta untuk di sewakan. ada orang suka adventure kan. sambil naik basikal sambil lihat kehijauan sawah padi.

trampoline

ruang menunggu
basikat untuk disewakan

kereta untuk disewakan rm40/jam


Keesokkannya, seawal pagi en suami tapau roti canai dengan air milo/teh panas. semua kelaparan haha. then sekali lagi kami kecebusss ke pool. haha sebelum orang lain mandi kan. mandilah puas-puas sebelum check out. Check out awal sikit sebab nak ke kilang beras semula. kengkawan ada kirim beras perang. Mendak kereta penuh dengan beras 😆😆 Sempat juga beli jagung dan jambu batu kat kedai tepi jalan tu buat buah tangan.


Sekian sahaja perkongsian short vacay kami sekeluarga ke farm ville sekinchan. walaupun singkat tapi penuh kenangan tersimpan di dalam hati. InsyaAllah ada rezeki kami ke sini lagi. selamat tinggal kehijauan, selamat tinggal kedamaian.

Oktober 29, 2018

BESTNYA DI DESARU COAST ADVENTURE WATERPARK

Assalamualaikum,

11 september yang lepas aku sekeluarga berpeluang ke desaru coast adventure waterpark. Pagi itu cuaca agak mendung dan gerimis, tapi semangat nak ke waterpark tu kuat sangat dan tak nak hampakan anak-anak. Untuk pengetahuan korang, anak-anak aku sepakat kumpul duit untuk ke sini, memang sengajalah aku cakap kalau nak ke sini kena simpan dan kumpul duitnya. hehe nampak kan permainannya di situ. So, kebetulan bulan september ni banyak public holiday dan aku declare untuk kesini walaupun saving mereka masih tak cukup. let go babey, anak seronok ibu lagi excited.


Walaupun gerimis aku dah terpacak lebih kurang 9:30 pagi. sebenarnya tak jauh pun desaru coast ni dari umah aku. seriusly tak sampai 10 minit dah sampai. hehe. Selesai beli ticket dan terus beratur untuk masuk. Kat sini korang tak dibenarkan bawa apa-apa makanan tau. satu persatu beg mereka akan buka dan check. beware ya dan tak perlu risau pasal lapar sebab kat dalam sini pelbagai kedai di sediakan.


Nak mandi tapi barang berharga nak letak mana? haaahaa tak perlu risau tang ini. mereka ada sediakan locker tapi berbayar. Locker saiz kecil sewa rm20.00 dan locker bersaiz besar rm40.00. sistem mereka adalah mengunakan machine cash. Pastikan korang siap sedia duit kecil. Jika tidak hanguslah balance duit korang tu. Ingat tu! dan aku sarankan korang sesiap letak selipar/kasut dalam locker, biar korang berkaki ayam sebab korang akan explore dalam tu puas-puas. Themapark kat sini yang paling terbesar tau, So masih nak degil?






First sekali aku sekeluarga tuju ke waterpark untuk kanak-kanak. masyaallah teruja sangat anak-anak. yang paling aku perhatikan di sini, setiap sudut permainan terdapat life guard. terbaiklah untuk memastikan keselamatan pengunjung. puas bermain di bahagian anak-anak, tukar pula yang lebih adventure. haha kecut perut si kembar main roller coster termasuk aku. taubat !! cukuplah sekali.



Puas lah masuk ke dalam situ. dari semua permainan, hanya 1 yang aku sekeluarga tak mencuba sebab ngeri tahap gaban. permainan yang ada corong besar tu.Dah penat kesana kesini petang tu dalam jam 4 aku dah mula sesiap nak balik. takut makin lama makin ramai pula manusia di bilik persalinan tu.



1 pengalaman yang manis buat aku sekeluarga. aku bagi 4 STAR. Nak masuk ke situ lagi entah tahun bila agaknya. Babai Desaru Coast Adventure Waterpark !!


PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...