Oktober 29, 2018

BESTNYA DI DESARU COAST ADVENTURE WATERPARK

Assalamualaikum,

11 september yang lepas aku sekeluarga berpeluang ke desaru coast adventure waterpark. Pagi itu cuaca agak mendung dan gerimis, tapi semangat nak ke waterpark tu kuat sangat dan tak nak hampakan anak-anak. Untuk pengetahuan korang, anak-anak aku sepakat kumpul duit untuk ke sini, memang sengajalah aku cakap kalau nak ke sini kena simpan dan kumpul duitnya. hehe nampak kan permainannya di situ. So, kebetulan bulan september ni banyak public holiday dan aku declare untuk kesini walaupun saving mereka masih tak cukup. let go babey, anak seronok ibu lagi excited.


Walaupun gerimis aku dah terpacak lebih kurang 9:30 pagi. sebenarnya tak jauh pun desaru coast ni dari umah aku. seriusly tak sampai 10 minit dah sampai. hehe. Selesai beli ticket dan terus beratur untuk masuk. Kat sini korang tak dibenarkan bawa apa-apa makanan tau. satu persatu beg mereka akan buka dan check. beware ya dan tak perlu risau pasal lapar sebab kat dalam sini pelbagai kedai di sediakan.


Nak mandi tapi barang berharga nak letak mana? haaahaa tak perlu risau tang ini. mereka ada sediakan locker tapi berbayar. Locker saiz kecil sewa rm20.00 dan locker bersaiz besar rm40.00. sistem mereka adalah mengunakan machine cash. Pastikan korang siap sedia duit kecil. Jika tidak hanguslah balance duit korang tu. Ingat tu! dan aku sarankan korang sesiap letak selipar/kasut dalam locker, biar korang berkaki ayam sebab korang akan explore dalam tu puas-puas. Themapark kat sini yang paling terbesar tau, So masih nak degil?






First sekali aku sekeluarga tuju ke waterpark untuk kanak-kanak. masyaallah teruja sangat anak-anak. yang paling aku perhatikan di sini, setiap sudut permainan terdapat life guard. terbaiklah untuk memastikan keselamatan pengunjung. puas bermain di bahagian anak-anak, tukar pula yang lebih adventure. haha kecut perut si kembar main roller coster termasuk aku. taubat !! cukuplah sekali.



Puas lah masuk ke dalam situ. dari semua permainan, hanya 1 yang aku sekeluarga tak mencuba sebab ngeri tahap gaban. permainan yang ada corong besar tu.Dah penat kesana kesini petang tu dalam jam 4 aku dah mula sesiap nak balik. takut makin lama makin ramai pula manusia di bilik persalinan tu.



1 pengalaman yang manis buat aku sekeluarga. aku bagi 4 STAR. Nak masuk ke situ lagi entah tahun bila agaknya. Babai Desaru Coast Adventure Waterpark !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Yak yak yeahhh
kOmen yang memberansangkan ajer wOkey..
terkucil nanti ibu twins..
har..har..harun tOl

PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...