Hari ni 26 ramadhan sudah. bererti ada lagi 3 hari sebelum aidilfitri menjelma. Persiapan aku sekeluarga sederhana sahaja. tak terlalu dan tak terkurang perbelanjaannya. seperti tahun- tahun yang lepas, aku lakukan persiapan lebih awal sebelum ramadhan datang lagi,
Untuk mereka yang punya anak ramai macam aku ni mesti akan faham, preparation awal tu tersangatlah penting. nak hadap bazar dan segala umat manusia dalam tu dengan anak-anak kecil lagi memang aku akan fikir banyak kali. tak sanggup!! 🙏🙏
2,3 bulan aku dah mula membeli baju raya anak-anak di smart pandan. ada juga yang beli secara online, walk in di shopping mall. itu belum part kasut, tudung. pening kan. so? lakukan preparation dan check list agar tak ada yang kau lupa beli.
bercerita pula bab menu berbuka dan bersahur, cara aku mudah jek. apa yang kau masak untuk berbuka dan itulah menu kau untuk bersahur keesokkannya. tu cara aku sebab aku seorang yang bekerja. balik dah jam 5:30 petang. masak dalam kuantiti yang banyak dan tinggal panaskan jek nanti.mudah kan. kau tak penat dan kelam kabut.
kerang rebus kari daging kobis goreng kerabu mangga roti john |
bubur lambuk (masjid) taugeh lemak sambal belacan ikan kering, tahu goreng |
ayam ungkep ayam goreng taugeh bening kerabu mangga, sambal belacan |
rm120 |
kat rumah mak |
Setiap hujung minggu aku akan berbuka kat umah mak dan mertua. routine every week. alhamdulillah dedua mak dan abah masih ada, so gunakan sebaik mungkin 💋💋
Moga allah bagi kesihatan yang baik untuk mak abah dan mak abah mertuaku. Amin3 Yra.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Yak yak yeahhh
kOmen yang memberansangkan ajer wOkey..
terkucil nanti ibu twins..
har..har..harun tOl