Jun 28, 2018

MOKDE PIT KAHWIN AKHIRNYA

Assalamualaikum,


Alhamdulillah mokde pit selamat menjadi isteri orang sekarang ni. temui jodoh di usia 35 tahun. perancangan Allah siapa pun tak boleh menidakkan. cepat atau lambat jek 💑 💘 aicehhh mentang-mentanglah engko dah kahwin khen 👌👌


Straight to the point yelah. mokde pit bertunang tak sampai 6 bulan. awalnya perancangan sebelum puasa tapi oleh sebab tertentu yang tak boleh di elakkan, di ganjak ke bulan raya iaitu 22 jun 2018. Pernikahannya berlangsung si masjid dato onn larkin dan majlis meraikan nya di rumah mak kat felda adela, kota tinggi, johor pada keesokkannya.






Walaupun hari tu hujan turun, tapi majlis tetap berjalan dengan lancar. syukur ya allah. majlis yang mak abah buat untuk mokde pit tak besar hanya orang-orang terdekat, sedara mara dan sahabat handai jek. alhamdulillah sampaikan lauk habis petang tu. nasib ada bubur jagung dengan lodeh masih ada. oklah, mehlah tengok gambar-gambar di sekitar majlis mokde pit tu 💃💃




bersama mak abah, pak long, busu dan pasangan

amboi cameraman pun.nape muka aku takde ni 👀💔

terima kasih kengkawan yang sudi datang


fresh cake

Buat mokde pit dan black tahniah, moga ikatan yang dibina berkekalan ke syurga, di kurniakan anak-anak yang comel dan bahagia selamanya, Insyaallah. 💋💋

1 SYAWAL 1439 HIJRAH

Assalamualaikum,


Tak terlewat lagi rasanya aku nak ucapkan selamat hari raya kepada korang yang baca belog suam-suam kuku ni.hehe 😄😄 maaf zahir batin ye. co-song co-song (terikut bebudak wechat)

Tahun ni beraya ke mana korang? tahun ni turn belah en suami.jauh ke? tak lah 5 minit sampai rumah mertua sudah dan dah boleh agak dia punya tune nya macam mana.apa projek sepanjang raya pertama tu pun semua dah terbayang kat kepala ni. hehe.
syukur 9 tahun usia hubungan kekasih halal aku tahun ni 💑💑

Tema apa? takde tema tak rock lah kan.hehe dan dorang dah declare nak pilih tema warna biru. tak kisah biru apa pun. dan aku memilih warna royal blue untuk aku sekeluarga. sedondon ke? ehh tak tak. tak sama macam tahun lepas, beli kain dan hantar ke tailor. katakan tidak pada tahun ni 😔😔







Sesi bermaafan selesai terus marhaban kat semua besan-besan mertua. adik beradik belah en suami ada 9 orang dan kesemuanya dah berkeluarga. 3 dapat luar kawasan kota tinggi. Bermula dari kg pasir gogok ~ felda adela (rumah mak aku ler tuh) ~ semenchu ~ semenchu (sepupu abah) ~ felda sg mas. besan abah kat kledang dan bandar penawar penghuni nya tak ada. jadi 5 buah rumah kami tapau hari tu. itu pun dah hampir maghrib baru siap marhaban. keluarga en suami adalah keluarga yang besar, anak 9 tambah 9 menantu. cucu shj dah 25 orang dan cicit 4 orang. jumlah 47 👀 😂 pengsan ke tak pengsan?




Cermin ke tu 😘😘 ? ini lah keluarga belah en suami. kembar yang besar tu adalah anak aku amani dan ayuni. kain pink sama baju hijau tu adalah cicit-cicit mertua. kan ada cakap 4 orang cicit. itulah mereka. comel tak. ketiga-tiganya kembar perempuan. best jek tengok mereka ni.

Itu cerita di pagi raya dan raya pertama, insyaallah ada masa kita sambung entri lagi. babai 💋💋

Jun 11, 2018

INDAHNYA RAMADHAN

Assalamualaikum,


Hari ni 26 ramadhan sudah. bererti ada lagi 3 hari sebelum aidilfitri menjelma. Persiapan aku sekeluarga sederhana sahaja. tak terlalu dan tak terkurang perbelanjaannya. seperti tahun- tahun yang lepas, aku lakukan persiapan lebih awal sebelum ramadhan datang lagi,

Untuk mereka yang punya anak ramai macam aku ni mesti akan faham, preparation awal tu tersangatlah penting. nak hadap bazar dan segala umat manusia dalam tu dengan anak-anak kecil lagi memang aku akan fikir banyak kali. tak sanggup!! 🙏🙏

2,3 bulan aku dah mula membeli baju raya anak-anak di smart pandan. ada juga yang beli secara online, walk in di shopping mall. itu belum part kasut, tudung. pening kan. so? lakukan preparation dan check list agar tak ada yang kau lupa beli.

bercerita pula bab menu berbuka dan bersahur, cara aku mudah jek. apa yang kau masak untuk berbuka dan itulah menu kau untuk bersahur keesokkannya. tu cara aku sebab aku seorang yang bekerja. balik dah jam 5:30 petang. masak dalam kuantiti yang banyak dan tinggal panaskan jek nanti.mudah kan. kau tak penat dan kelam kabut.


kerang rebus
kari daging
kobis goreng
kerabu mangga
roti john




bubur lambuk (masjid)
taugeh lemak
sambal belacan
ikan kering, tahu goreng



ayam ungkep
ayam goreng
taugeh bening
kerabu mangga, sambal belacan


 Itu antara menu aku sekeluarga di bulan puasa, syukur aku di bagi kesihatan yang baik untuk sediakan lauk berbuka untuk keluarga tersayang, aku takut nak ke bazar sebab sekali masuk mesti rm50 dalam tangan akan habis.hahaha serik makkk.


rm120


menu ☝☝ tu adalah menu kami sekeluarga berbuka di luar, campur air milo 2 jug rm120. hehe itu sehari, kalau 4 kali?? sesekali nak tukar selera tak salah kan. tepuk poket lah 😌😌


kat rumah mak


Setiap hujung minggu aku akan berbuka kat umah mak dan mertua. routine every week. alhamdulillah dedua mak dan abah masih ada, so gunakan sebaik mungkin 💋💋
Moga allah bagi kesihatan yang baik untuk mak abah dan mak abah mertuaku. Amin3 Yra.

PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...