Pertama sekali syukur kepada Allah kerana memberi kesempatan aku sekeluarga ke farm ville sekinchan ini. Walaupun bukan di tempat penginapan aku inginkan sebelum ini iaitu padi box. Pasrah aje hehe. Dari awal tahun haritu aku memang nak ke sini melihat keindahan dan kehijauan sawah padi. kalau korang ada bacalah entry aku yang lepas-lepas tu. huhu. Okey selagi fresh dalam pale ni meh aku nak share sikit.
Kebetulan anak-anak baru sahaja lepas periksa akhir tahun untuk sekolah rendah dan sekolah agama (johorean) why not aku bercuti dengan orang yang aku sayang kan. lebih-lebih lagi aku dapat duit undi. macam mengantuk di sorongkan bantal hahahaha. Wassap padi box semua full untuk hujung minggu. omaigod. try pula dengan farm villa cafe & homestay ini selepas riki-riki kat blog koranglah. Dipendekkan cerita terus booked dan bayar deposit. Nasib en suami on sebab last minute haha ✌✌
Seawal jam 7.15 pagi kami dah menuju ke sekinchan, Sarapan hanya beli di shell layang dan makan tengah hari di rnr dengkil dan terus ke farm ville. Perjalanan mengambil masa 5 jam lebih sebab dua kali berhenti buang hajat, Check in sepatutnya jam 3 petang tapi oleh kerana kami sampai kol 1 terus penjaga tu bagi check in awal. wahhh saya suka saya suka. bilik kami betul-betul sebelah kolam mandi. No wonderlah kan.horeyyy. Rilek-rilek sekejap almaklum panas berdenting.
bukti mandi pepanas haha |
bukti JJMA |
cantikkan |
Dah sampai sini tak lengkap kalau tak ke kilang beras sekinchan. masuk rm5 untuk dewasa dan kanak-kanak. Siap dapat mini gift beras setiap seorang. ada sesi penerangan oleh pekerja situ dan kami berpeluang melihat dengan lebih dekat cara-cara pemprosesan padi menjadi beras. Lepas tu apa lagi borong beras kat shop market yang terletak di bahagian bawah and opkozlah harga lagi murah dari pasaran.
Kat sini, bukan setakat sawah padi aje, mereka juga tanam pokok jagung,jambu batu, limau sambal,bendi dan macam-macamlah. walaupun di sini banyak penduduk berbangsa cina, ada juga penduduk berbangsa melayu. Berpusing-pusing nak cari kat mana padi box tu haha tp bila dah jumpa depan-depan. hurm macam tak menyesal pulak tak check in sini.kahkahkah. tak tahulah nak cakap macam mana. indah rupa dari khabar. takpelah biar kami jek yang tahu hahahahaa. en suami siap suruh ambil gambar sebagai bukti tapi entahlah, aku yang kaki selfie ni langsung tak berminat. sendiri faham kan 👅👅
trampoline |
ruang menunggu |
basikat untuk disewakan |
kereta untuk disewakan rm40/jam |
Keesokkannya, seawal pagi en suami tapau roti canai dengan air milo/teh panas. semua kelaparan haha. then sekali lagi kami kecebusss ke pool. haha sebelum orang lain mandi kan. mandilah puas-puas sebelum check out. Check out awal sikit sebab nak ke kilang beras semula. kengkawan ada kirim beras perang. Mendak kereta penuh dengan beras 😆😆 Sempat juga beli jagung dan jambu batu kat kedai tepi jalan tu buat buah tangan.
Sekian sahaja perkongsian short vacay kami sekeluarga ke farm ville sekinchan. walaupun singkat tapi penuh kenangan tersimpan di dalam hati. InsyaAllah ada rezeki kami ke sini lagi. selamat tinggal kehijauan, selamat tinggal kedamaian.