September 28, 2019

PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLAND 2019 ~ WHITE CHALET LAIN DARIPADA YANG LAIN ~



Assalamualaikum dan hi,


Seminggu sebelum puasa yang lepas aku berkesempatan bercuti lagi ke cameron highland bersama-sama keluarga. sebenarnya aku melencong dari tujuan yang asal hihi orang kata minum air sambil menyelam dan aku sebenarnya nak hantar mak dan adik ke klia2 kerana mereka nak ke umrah. jadi alang-alang naik ke kl tu aku naik ke ch lah terus. semua ni memang planning aku lah aka the best planner. hahaaaaa


Jadi kami declare nak naik ke ch then barulah ke klia2 tu. puas survey akhirnya aku terjumpa satu pautan dari facebook mengenai percutian di dalam ladang. wow!! interesting sangat ni. jadi stalker punya stalker memang menarik white chalet yang terletak di lembah bertam ringlet. seriuslah wei duduk dalam ladang. memang aku tak pernah rasa macam tu.jadi aku pun trylah whattsap owner tu. dan harga masih mampu milik. review-review dari quest, so far so gooood 👌👌


Asalnya aku bercadang nak stay di ch selama 3hari 2malam dan semalam menginap di white chalet dan semalam lagi aku nak stay di apartment golden hill. kenapa di golden hill? sebabnya nak pergi ke pasar malam dia ada pada hujung minggu, ph dan cuti sekolah sahaja. rugi tau dah naik ke ch tapi tak ke pasar malam dia. yesss kerugian haha.


Last minute seminggu sebelum tarikh tu, flight mak di awalkan dari 5 petang ke 4 pagi sebelummya. jadi aku buat keputusan untuk cancel booking di apartment golden hill tu. kiranya 2hari 1malam je kami di ch.apa boleh buat. move on please move on!! 😄


Setiba kami di shell pekan ringlet, owner bawa kami ke chalet, tak jauh dari situ hanya dalam 15minit perjalanan je. pertama kali jugalah masuk ke lembah bertam tu. haha. sekali sampai perghhhh chaletnya nun kat atas bukit. i is takzabarrrrrrrr 😝😝

sebaik sampai park, terus naik pick up

sebabnya chalet kau nun di atas. larat ke nak pikul beg? haha
masuk je chalet terus nampak ini. ya ya nama saya aishah ❤


yehaaa landing time. 2 katil king dan 2 tilam single extra.sesuai lah untuk family macam kami


view depan balkoni. mendamaikan angin sepoi-sepoi 

lepas rehat, jom cari makan. tempat pertama opkoz kg taman sedia





tak lengkap la naik sini tak makan benda cengini kan
Tak lengkaplah kalau tak singgah ke pasar malam dia. wajib wajib wajibbb. beli apa yang patut sebab white chalet ni jauh ke dalam dan agak susah nak cari kedai makanan. kalau korang jenis suka memasak, ini tempatnya. sebab white chalet ada sediakan dapur. lengkap dengan pekakas siap gula garam pun hadooo. aku rasa nak tinggal kat situ terus haha.

terang kan


tempat port
Malam tu kami explore kawasan chalet, belakang tu je dah ada ladang sawi. jakun lah di buatnya. bila malam korang akan nampak lampu-lampu yang sememangnya di pasang di dalam ladang dan fungsinya untuk mempercepatkan pertumbuhan sayur-sayur itu sendiri. tak perlu takut pun sebab owner dia dengan pekerjanya pun duduk area tu juga.


bekpas pun makan stoberi, cameron sangatttt


view dari belakang chalet gaisss.


tak sempat mandi sebab teruja nak pusing ladang oiii

syok


di ladang sawi. menghijau


nikmat apa yang kau nk dustakan


ladang salad

ladang tomato

curam wei

menjunam

banyak lagi gambar yang tak dan nak diuploadkan. serius memang aku sekeluarga teruja. dah lah bawa kita pusing-pusing naik pickup, kita juga diberi kebenaran mencabut sendiri sayur tu dan di bawa balik sebagai ole-ole dari white chalet. wow!

Amacam hidung keluar darah tak tu tengok gambar kat atas tadi.betul tak apa yang aku ceritakan, percutian kali ini lain dari yang lain. alhamdulillah, anak-anak teruja termasuk kami. asyik petik stoberi je kann. sesekali tukarlah angin masuk dalam ladang, siap naik pikup fuhhh rare beb. feel dia lain macam. recommemded sangat. kalau ada rezeki lagi sudah tentu nak ke sini lagi.

ok aku tinggalkan no h/p owner white chalet dia ye. shahir 019-8109015 seorang anak muda tempatan. sangat friendly dan dia lah yang bawa kami pusing satu ladang. dan saat aku menulis ni, kawan sekampung bagitahu aku, white chalet full booked bila weekend dalam masa 3 bulan dari sekarang dan terpaksa lah kawan aku tu cari homestay lain. wow lagi.






puteri-puteri kesayangan ❤❤


layankan anak di air terjun lata iskandar


Ole-ole dari white chalet


inginkan kelainan ketika bercuti di cameron? yeaaa di sini tempatnya.


PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...