Ogos 28, 2018

DESTINASI MENARIK DI DESARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hujan-hujan cenggini memang mood nak buat entry mencurah-curah macam air hujan kat luar tu. orang kata masa paling mujarab pada waktu hujan. jadi maghii lah kita 👐

Pada entry sebelum ni dah janji nak share apa yang ada di kawasan peranginan di desaru. jadi inilah masanya. gigih kutip semula gambar-gambar di instagram. haha. untuk korang yang tengah riki-riki desaru tu boleh jadikan sebagai panduan, ok dah sedia ke? ok letgo.

1. LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA

Lotus desaru merupakan hotel yang pertama korang akan jumpa, hotel ini sangat menarik kerana mempunyai water park nya sendiri. water park itulah yang buatkan ramai pengunjung ke sini. lagi-lagi pada cuti umum dan cuti sekolah.










2. AROI THAI BOAT NOODLE TUNAMAYA BEACH RESORT

Tak perlu risau pasal makanan, korang boleh terjah ke aroi thai boat noodle di tunamaya beach resort. ianya tak jauh dari lotus hotel tadi. korang akan jumpa 1 bas berwarna pink di sebelah kiri jalan. dan itulah lokasinya. parking di sediakan dan di sini korang tak perlu risau pasal keselesaan sebab mereka ada bagi dua pilihan, nak beraircond atau pun nak santai-santai sambil melihat persisir pantai.

Menu kat sini yang paling sedap pada aku bihun tomyam dia. setakat 2 bowl tu apalah sangat. menu yang lain-lain biasa jek tapi mesti lebih dari 10 bowl korang makan. hehe. murah jek rm1.90/bowl tapi air di sini agak mahal rm3.70 untuk sebotol air mineral. murah ke murah?








3. SNUK THAI STREET BBQ

Di snuk thai street bbq juga adalah salah satu tempat yang wajib korang pergi bila ke desaru. menu seperti seafood,ala cart dan pekerjanya juga di import dari thailand. ala-ala di luar negara gitu. makanannya sedap seperti kerabu mangga tapi harga boleh tahan menipis poket. hahaha.




4. PANTAI TANJUNG BALAU 

Selain pantai desaru, korang boleh ke pantai tanjung balau. tanjung balau juga merupakan salah satu pantai yang mempunyai ramai pengunjung dan di selenggara oleh kejora. apa yang menariknya apabila ke sini, kat sini ada 2 jeti. jika korang nak memancing boleh ke jeti nelayan tanjung balau yang bersebelahan dengan kampung nelayan. jika korang pencinta alam semula jadi dan kaki selfie boleh ke jeti baru. view nya sangat ohsem. malah tak hairanlah di sini menjadi tempat outdoor para pengantin. muzium tanjung balau jangan lupa tau. wajib singgah.




Apa yang menarik, ada swimming pool untuk korang, boleh search balau bayu beach resort. nak menginap di sini atau pun sekadar mandi di kolam jek pun boleh dan jika tak silap bayaran hanyalah rm10/seorang.




jeti lama


jeti baru yang menghadap ke laut china selatan

5. PANTAI BATU LAYAR

Jika berpeluang, singgah lah ke pantai batu layar ini. pantainya yang memanjang dan tak perlu risau tentang parking dan bilik air/bilik salinan. kebanyakkan di sini adalah tanah persendirian yang mengenakan bayaran jika korang parking ataupun dirikan khemah.




6. HARD ROCK DESARU COAST

Selain desaru coast, hard rock desaru merupakan pembangunan yang paling baru di sini. jika di desaru coast adv waterpark dah di buka kepada pengunjung, hard rock masih 80% siap. insyaallah peluang pekerjaan di area sini semakin banyak dan aku sebagai penduduk di sekitar sini tumpang kesenangan dan kemudahan yang ada.



Sekian sahaja perkongsian aku setakat ini mengenai kawasan yang wajib korang pergi bila berada di desaru. kalau nak di ikutkan, banyak lagi yang nak di share tapi insyaallah di lain hari. harap dapat membantu serba sedikit bagi korang yang berniat nak holiday di desaru dan selamat bercuti!!


Ogos 21, 2018

TEMPAT MENARIK DI MELAKA

Assalamualaikum.


Jika ada di antara korang yang sedang merancang percutian singkat di hujung minggu dan masih tercari-cari lokasi percutian, aku cadangkan datanglah ke melaka. percayalah, Melaka lokasi yang sangat strategi dan sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.

Apa yang menarik di melaka? jom scroll ke bawah berdasarkan tempat yang telah aku lawati dan rasai keseronokkannya 😁😁


1. MUZIUM SAMUDERA / MUZIUM MARITIM




Muzium samudera terletak di muara sungai melaka, tersengam indah dari luar dengan reka bentuknya. muzium samudera ini lebih di kenali sebagai kapal perang portugis. pengunjung di benarkan masuk ke dalam kapal yang lengkap dengan penghawa dingin. di sebelah kapal ini ada muzium maritim, muzium ini luas dan di lengkapi dengan penghawa dingin.

Tiket masuk : rm3.00 (dewasa) rm1 (kanak-kanak)
Waktu operasi : di buka setiap hari (9:00pagi - 5:30petang)

2. MENARA TAMING SARI





Taming sari terletak di jalan merdeka melaka, pengunjung berpeluang menikmati keindahan bandaraya bersejarah dan selat melaka. taming sari akan berpusing 360 darjah apabila berada di kemuncaknya dan boleh memuatkan seramai 100 orang dalam satu-satu masa. 

Tiket masuk : rm17 (dewasa) rm11 (kanak-kanak)
Waktu operasi : di buka setiap hari (10:00pagi - 10:00malam)

3. GALERI MADU






Pengemar madu lebah? nah di sini adalah syurga segala madu lebah. pengunjung di sediakan pelbagai jenis madu dan tiada bayaran untuk merasai madu-madu tersebut. di sini disediakan juga air mineral. pengunjung juga berpeluang melihat cara-cara mengambil madu kelulut dari sarangnya. satu pengalaman yang sangat seronok. Galeri madu ini terletak bersebelahan botanikal melaka.

Tiket masuk : percuma
Waktu operasi : di buka setiap hari (10:00pagi - 6:00petang)

4. MUZIUM KAPAL SELAM








Muzium kapal selam ini terletak di dataran 1 malaysia klebang. pengunjung di benarkan masuk ke dalam kapal selam ini. ia di lengkapi dengan penghawa dingin dan pengunjung dapat melihat sendiri tempat dimana letaknya peluru berpandu, dapur, bilik tidur dan ruang pengendali kapal selam yang agak sempit. kapal selam ini asalnya kepunyaan tentera perancis dan telah di serahkan kepada kerajaan negeri melaka. di muzium ini terdapat juga 2 pesawat jet untuk tatapan pengunjung.
 
Tiket masuk : rm5.00 (dewasa) rm3 (kanak-kanak)
Waktu operasi : di buka setiap hari (9:00pagi - 5:30petang)

5. SAWAH PADI








Sejuk mata memandang, hijau sokmo. sawah padi ini terletak di kg parit penghulu bukit rambai melaka, pengunjung yang kaki selfie tentu seronok sebab view nya yang menghijau. kawasan sawah padi ini adalah salah satu destinasi agro pelancongan negeri melaka dan keluasan nya adalah 154 hektar.

Tiket masuk : percuma
Waktu operasi : sawah tepi jalan besar 😆😆. berentikan kenderaan dan lihatlah pemandangan.

6. KAMPUNG MORTEN




kampung morten adalah sebuah perkampungan tradisional melaka yang terletak di tengah-tengah bandaraya melaka. perkampungan tradisional ini masih mengekalkan cara lama dan pengunjung akan nikmati keunikkan tradisi melaka dari segi bentuk bumbung rumah, tangga dan hiasan dalaman. lebih 100 buah rumah yang terdapat di kampung morten ini. lagi meriah apabila pengunjung datang pada waktu malam yang di terangi dengan lampu-lampu yang mengerlip. ia seolah-olah membawa pengunjung kembali semula ke zaman kerajaan melayu melaka.

Tiket masuk : percuma
Waktu operasi : -


7. A-FAMOSA






  
A famosa adalah salah satu ikon perlancongan negeri melaka. ia merupakan kubu pertahanan portugis. pengunjung boleh menikmati pemandangan bandar hilir dengan menaiki anak tangga ke atas. khazanah yang sangat bernilai sebagai tanda negeri melaka pernah di jajah oleh penjajah suatu masa dahulu sebelum kemerdekaan. terletak di bandar hilir melaka.

Tiket masuk : percuma
Waktu operasi : -

8. DATARAN PAHLAWAN






Dataran melaka biasanya menjadi tumpuan pengunjung apabila ke melaka yang dipenuhi dengan beca-beca yang sangat cantik dan di lengkapi sound speaker. pengunjung boleh menaiki beca dengan rm20 dan boleh pusing di sekitar bandar hilir. dataran melaka ini merupakan hub ke Afamosa, pahlawan mall, taming sari dan juga jonker walk.

Tiket masuk : -
Waktu operasi : -

Selain itu, banyak lagi tempat menarik yang perlu di lawati di melaka ini seperti :-
1. taman buaya (pernah masuk)
2. zoo melaka
3. taman botanikal (pernah masuk)
4. melaka river cruise (pernah naik)
5. taman mini malaysia
6. perigi hang tuah (pernah pergi)


Akhir kata, memang tepat jika korang memilih melaka sebagai destinasi percutian pendek. tapi ada 1 pesanan penaja untuk korang. kalau boleh elakkan bercuti di melaka pada cuti umum sebab korang akan habiskan masa di jalan raya. tak percaya? pergi dan rasai sendiri. babai

PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...