Mac 20, 2018

INSYAALLAH


Assalamualaikum,


Dah dua hari belek-belek tentang sawah padi di sekinchan ni. dapat serba sedikit info untuk ke sini. dan paling teruja nak ke sana adalah view dia weiii. Lols πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹










So, en asben dah bagi green light. kita saving the pocket dan insyaallah akan sampai di sini. doa-doakan ye. 


Antara tempat-tempat yang wajib bila di sekinchan.



  1. Kawasan Mini Estet Padi Kampong Sungai Haji Dorani.
  2. Perusahaan membuat pelbagai jenis kerepek .
  3. Perusahaan membuat keropok lekor .
  4. Perusahaan membuat kuih tradisional dan bahulu.
  5. Perusahaan / Kilang Nata De Coco dan minyak kelapa dara.
  6. Perusahaan memproses kulit lembu.
  7. Rumah tradisional dan ukiran.
  8. Perusahaan membuat tapai.
  9. Kilang padi / beras.
  10. Tempat sejarah Lubok Pusing.
  11. Masjid Jin.
  12. Pusat Pemasaran Bio Asli ( Kosmetik dan ubatan ).
  13. Pusat Pemulihan Akhlak Wanita .
  14. Perusahaan minuman botol / oren.
  15. Perusahan kuih muih ( frozen )
  16. Institiut Latihan Dakwah Selangor ( ILDAS )
  17. Mini Muzium Wak Surgi. 
  18. Balai cerap ( Pusat melihat anak bulan ). 
  19. Kawasan memerhati burung enggang.
  20. Pantai BNO.
  21. Pasar Petang Sungai Haji Dorani ( setiap petang ).
  22. Kebun mangga / mempelam ( mengikut musim )
  23. Pangkalan Nelayan dan Pantai Sungai Haji Dorani

PERCUTIAN DI CHERATING PAHANG DAN TERENGGANU - PART 2

ASSALAMUALAIKUM,

Mood dah maghiii. Jomlah kita sambung entry untuk part 2 πŸ‘ΎπŸ‘ΎπŸ‘ΎπŸ‘ΎπŸ‘ΎπŸ‘ΎπŸ‘Ύ



HARI KE 2

Pagi ini kami bersarapan di homestay sahaja, hehe adik ipar buat sarapan paling mudah is maggie. masak terus 5 bungkus maggie tomyam. bolehlah buat alas-alas perot sebelum kami ke terengganu. Siap segala dan kemas serba sedikit kami pun check out dalam pukul 9:30 pagi. Lupa pula nak ambil gambar di Mr Cherating Homestay buat kenang-kenangan.

Sepanjang perjalanan nak ke terengganu ni kami di sajikan dengan pemandangan persisir pantai yang membiru. cantik view dia. ada juga peniaga kecil-kecilan di kiri dan kanan jalan. ada jagung rebus,jagung bakar, air nira, kacang rebus.haishhh macam-macamlah. Sambil-sambil tu mencari juga kuih akok yang sangat terkenal di pantai timur. akhirnya jumpa juga tapi tak ingat kat area mana, hihi yang pasti orang beratur panjang semata-mata nak beli kuih tradisional ini. Rasanya manis, tapi boleh tahan dia punya minyak. kolestrol hoiii. jangan di tanya mana gambarnya ye, hihihi.


jagung bakar 

haha otomen alysa

selamat datang ke dungun


Sampai je kat homestay yang terletak di kuala terengganu kami plan nak berehat. perut pun dah kenyang sebelum sampai homestay tadi. ermm, tapi nak bercerita sikit tentang homestay ni. ekceli sangat tak memuaskan. besar memang besar tapi sadis. dapur kotor, karpet berbau pekong. macam tak dibersihkan even dah tahu ada tetamu nak masuk. sepatutnya karpet-karpet tu dah patut di buang dan gantikan yang baru 😞😞😞😞😞 kihkih boleh gitu :) homestay ini rm150/sehari



gambar dari bilik utama homestay 😐😐😐😐😐😐

Jam 5 petang, time to berjalan hahaa. tempat pertama yang kami tuju adalah ke pasar payang, tapi salah timing daaaaaa. dah tutup. Lepak tepi laut dia sambil pekena kopok lekor, sesi bergambar tak kan pernah lupa punya. hihi. lepas tu kami naik river cruise, ticket rm10 seorang, kanak-kanak bawah 5 tahun tak di kenakan bayaran. penumpang boleh pilih nak duduk dalam atau di atas bot. majoriti penumpang naik ke atas untuk melihat view lebih selesa. kami memilih duduk di bawah. Sebelum tu kami pergi tengok para nelayan baru sampai dari laut, wah berbakul-bakul hasil mereka.


kesayangan


jakun lahai tengok ikan segar mendarat

segar sangat


murah kan rm10


bersama adik dan adik ipar

alysa dan harraz

bersama anak dan en asben πŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜

masjid kristal - view dari river cruise

lebih kurang macam tu lah bot yang kami naik




Seram juga sebenarnya,macam-macam terpikir dalam kepala ni. hahaha dasarrr.. masa perjalanan lebih 30 minit. best. dapat lihat di sekitar seperti masjid kristal dan taman tamadun islam yang terkenal di terengganu ini. rasa berbaloi lah dengan harga ticket rm10. apedehal khen 😁😁😁😁

Lepas tu kami ke karnival makanan thai, tak tahu kat area mana tapi dekat jek dari tempat kami naiki bot tu. penuhnya umat manusia kat sini. selain ada jual makanan ala-ala thai, ada juga yang jual pakaian. harga sama sama di jb, tapi terjebak juga beli sehelai baju blouse untuk tuan beloq ni. dah kenyang dah penat, poket pun makin menipis.moh ler kita pulang..


HARI KE 3


Awal subuh dapat massager dari kenalan fesbuk. rakan group jnrc, malah rakan main undi duit di alam maya, dia nak jumpa aku sangat pagi tu kat kedai dia. dekat rupanya dengan homestay yang aku duduk ni. berdebar-debar tau rasanya, yelah dulu selalu berwasap-wasap dalam group then tak pernah semuka face to face. hehe so pagi tu aku drive sesorang ke restoran dia berpandukan waze, hahaha. nasib jumpa tau. bermulanya sesi touching kat situ. nasib tak ramai pelangan kat situ 😒😒😒😒😒😒😒😒😒😒 dalam masa yang sama dapat juga makan nasi kerabu. hahaha sedap air tangan ime. entah bila dapat jumpa agaknya. allah maha mengetahui kan. terima kasih ime atas layanan dan nasi kerabunya. moga allah murahkan rezekimu kawan.





Selepas sarapan nasi kerabu yang di bungkus oleh ime tadi, kami terus ke pasar payang, dengan harapan pergi pepagi orang tak berapa ramai. hihi tekaan aku betul. tempat yang pertama kami tuju adalah kedai kain batik. hehehe. maklumlah nak belikan buah tangan untuk orang-orang yang tersayang. kain batik ni korang nak kena pandai pilih tau, cantik tapi kalau kainnye licin memang kena buang dek mak aku nanti. licin sebab banyak lilin,nanti pakai kompom melorot ke bawah.mak pesan betul pasal kain batik ni. hehe so dari 1 kedai ke 1 kedai lah gayanya. nasiblah jumpa yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas. dapatlah beli 6 helai kain batik, adik ipar beli 8pcs rasanya. lepas tu singgah ke kedai t-shirt, ini perkara wajib. dapat sehelai pun jadilah buat anak-anak dan en suami baju terengganu. tak lupa juga untuk abah dan pak mertua.


cantik kan 


cuci mata

harga boleh pitam haha


pasar payang ni 2 tingkat, segala pakaian di tingkat atas dan di bawah menempatkan pasar basah. macam-macam ada jual barangan basah. seronok tengok tau, sebijik mcm dalam tv yang di hoskn oleh matdan ganu tu. selagi tak penuh kat tangan tu selagi tu lah tak balik..kahkahkah.


pelbagai jenis serunding


tak rare lah kan kalau takde ikan kering
Tak boleh lelama lah dalam pasar payang ni, boleh pokai duk sini.haha. Misi seterusnya adalah nasi dagang, yess jumpa akhirnya di warung tepi jalan. kari ikan aye (tongkol) di sini rasa manis sedikit tapi sedap. kat sini nasi dagang merupakan menu srapan pagi di sini. so jangan terkejutlah ye kalau datang di terengganu ni nampak orang makan nasi dagang di pagi hari. hehehe.

Misi seterusnya kami ke pantai batu buruk, dalam 10 - 15 minit rasanya dari lokasi tadi, kalau korang nak tahu kat mana pantai buruk ni. mudah jek. korang cari berpandukan hospital besar dia. pantai ni di belakang hospital sahaja. mudah kan, ok jom tengok apa yang ada pantai batu buruk ni.


orang gemuk tak bibenarkan naik. hahaha

kereta kuda

kreatif


its me!!!

hero sorang ni tak mengantuk pun masa ni

si kembar ami dan ayu, pink tu alysa


Santai-santai sekejap tengok tempat orang kan, memang syok. bak kata pepatah, lain tempat lain belalangnya. itu aku percaya.kwaang kwang kwang. padahal sejenis kaki jalan :P
sempat jugaklah tanya orang tempatan kat sini, destinasi seterusnya adalah taman tamadun islam. 
lebih kurang suasana macam di pantai buruk tadi. syurga makanan hihi


masjid terapung terengganu

Malam tu, kami repeat semula ke makanan ala thai, yelah malam terakhir di terengganu ni, so nak beli apa yang patut untuk di bawa balik jb. lagi satu sebab  dah janji dengan anak-anak nak main mende alah kat bawah ni. haaa tengok lah. hahaha semputttt sebab kena kayuh sendiri baru berjalan kereta tu. hahaha.





HARI KE 4


Pagi ni sarapan kentang dan nugget goreng, macam biasa adik ipar yang masak.hahaha. kami pun check out pagi tu, sempat juga tukar sebiji tyre cikputih tu. sebab adik cakap tyre tu dah expired walaupun tyre tu tak botak. untuk keselamatan aku pun tukar sebab perjalanan masih jauh.


lena harraz tido ye, topi en asben tu alysa punya. haha di pakainya kat ayah dia.


Di kemaman kami berhenti sekejap sebab nak beli makanan laut untuk di bawa pulang, pelbagai keropok ikan sampai tak tahu nak beli apa, haha dasar blur ko ni buuu. sampaikan kopok losong ko pun tertinggal. huhaiii sabar jeklah. hatiku is kecewa huwaaaa... tak lupa juga mencuba satar ikan dan otak-otak buatan terengganu. seriusly sedap weiii. rasa ikan tu betul-betul rasa. tak lupa lemang warisan, rugi kalau korang tak merasa. murah jek sebatang lemang tu.hanya rm5 dan rm10 sebatang. Terasa rugi pula beli 2 batang jek.aicehh.

otak-otak dan satar


keropok kak long



Buat keputusan last minute untuk check in di pekan pahang, haha giler kan. orang kata gunakan sebaik mungkin masa yang ada. alang-alang masih cuti apaaalah sangat. haha kaki jalan. harga homestay rm140 semalam. homestay kali ni bersih, ada 3 bilik air dan selesa. malam tu lepas maghrib kami jalan-jalan di bandar pekan, tengok orang menjala ikan di sungai pahang tu.


view dari tepi homestay


HARI KE 5 

Hari terakhir percutian kali ini, sarapan nasi lemak dan kuih muih yang adik beli kat kedai. check out jam 10 pagi dan terus menuju ke bandar mersing. adik ipar nak survey harga ke pulau tioman@sibu. Nak honeymoon katanya. sempat juga beli key chain buat kenangan kat jeti mersing ni. banyak pilihan untuk agency yang menawarkan perkhidmatan ke pulau tioman mahu pun pulau sibu. korang kena pandai survey, senang kata siap pakej hotel,makan dan juga snokelling. ish ishhh nak tengok coral kan.

Lepas makan, kami singgah di kedai hasil laut di tepi pantai mersing tu. en asben beli ikan kering sedikit untuk mak mertua dan keropok lekor. opkoslah ikan kering caru hahaaaha. dah kawin baru tahu ikan kering caru tu sebenarnya sedap 😁😁😁


salang inn

lupa nama kedai ni.hehe


Alhamdulillah kami selamat sampai di desaru lebih kurang jam 4 petang. huwaaaaa berakhir sudah percutian yang di rancang dengan jayanya selama 5 hari 4 malam. penat tu mesti tapi pengalaman ke tempat orang itu lagi menyeronokan. anak-anak happy, ibu lagi terhappy. hihi.







PERCUTIAN KE SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 3 hari lagi nak masuk tahun baru, ada banyak entry peram hahaha. oklah kali ni aku nak share trip ke ...